Alhamdulillah, Novel Sejarah Srikandi Islam Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi sudah menerima arahan ulang cetak kali kedua dalam masa kurang lima bulan. Bulan ini juga menyaksikan karya kedua, 'Aminah: Cinta Puteri Quraisy' bakal berada dalam pasaran.
Banyak respon positif yang sampai kepada saya melalui emel, facebook, sms dan lain-lain. Ada juga teguran-teguran yang bernas daripada pembaca. Dengan senang hati saya meraikan semua. Memang diakui naskhah yang pertama terdapat beberapa kecacatan yang agak ketara dan ianya sudah diatasi pada cetakan kedua ini.
Beberapa penambahan seperti ruang dedikasi, rujukan bibliografi dan testimoni dimasukkan bagi menambahkan lagi seri novel RA.
Jujurnya, saya punya harapan yang tinggi terhadap karya-karya ini agar ianya laku keras di pasaran. Tidak perlu saya ulang mengapa. Cukup saya katakan, saya masih berada di atas haluan itu, menuju ke arah itu, ianya hanya akan dapat direalisasi apabila royalti tahunan saya melebihi RM20 ribu setahun. Dengan izin Allah.
Saya juga tidak mahu hipokrit dengan menjaja kepada khalayak bahawa saya menulis bukan kerana duit, suka dinyatakan di sini antara sebab saya menjadi penulis adalah kerana duit. Namun yang pasti saya bukan menjadi penulis kerana duit semata-mata. (Mohon rujuk di sini Penulis, Pelajar & Impian)
Saya tidak mahu menjadi seperti sesetengah penulis yang lantang bercakap bahawa mereka menulis bukan kerana duit. Namun apabila ada pertandingan atau sayembara mereka masuk, tatkala menang dan hanya diberi hadiah dalam ringgit yang tidak seberapa mulalah mereka melaung-laungkan pula rasa tidak puas hati, menyalahkan pihak penganjur tidak menghargai karya seni mereka.

Saya akan terus menulis.
Rancangan penulisan 2011 sudah saya serahkan kepada pihak editorial PTS Litera Sdn. Bhd. dan bagi sasaran tahun ini, saya masih ada dua buah buku berkaitan tokoh. Salah satunya sudah siap 50% manakala penulisannya sedikit terganggu kerana saya sedang fokus bagi menulis sebuah i-Novela yang berkisar kisah perjuangan dakwah seorang jururawat yang sentiasa disalah anggap oleh masyarakat awam.

Insya Allah ianya disasarkan sudah bulan ini juga. Doakan saya agar ilham dan idea mencurah tanpa sangkak di mana-mana dengan izin Nya.
Zahiruddin Zabidi
http://kalamkhalifah.blogspot.com/
Zahiruddin Zabidi
http://kalamkhalifah.blogspot.com/
3 comments:
Tahniah, tuan imey mudo.
Bila pulok kito nok berjupo?
Syukran ustaz.
Ustaz mari tinggal KL lah, hari-hari kita boleh jumpa. Siap boleh menulis sama-sama. Sebeleh-menyebelah lagi insya Allah.
Nota: Bila mahu datang KL lagi? Kalau datang hari Sabtu boleh kita pergi jumpa Dr. Haji Faisal Tehrani.
saya dah selalu sgt jumpa FT pada hari sabtu 3,4 tahun yg lalu. hehe.
tak mau la, nanti berlaga pawang.hihi.
kalau jadi sambung belajar, insya-Allah tahun depan setiap hujung minggu mungkin saya berada di KL.
Post a Comment