Tulisan ini dicuplik dari http://universitipts.com/
Salah satu genre sastera yang mempunyai potensi pasaran Laut Biru adalah sastera agama.
Novel-novel sastera agama ditulis dengan tujuan menyampaikan mesej-mesej agama menggunakan bentuk sastera.
Novel yang ditulis dengan mengemukakan tema agama tidak semestinya dapat dimasukkan dalam genre sastera agama. Sebagai contoh, karya besar Sasterawan Negara Dato' Abdullah Hussain, Imam, adalah contoh novel konvensional yang mengemukakan tema agama tetapi tidak termasuk dalam kategori sastera agama.
Novel yang ditulis berdasarkan biografi tokoh-tokoh Islam juga tidak semestinya dapat dimasukkan dalam kategori sastera agama. Sebagai contoh, novel-novel karya sasterawan Abdul Latip Talib adalah dalam kategori sastera sejarah.
Yang menjadikan sesebuah karya sastera itu termasuk dalam kategori sastera agama adalah kesan spiritualiti yang dialami oleh pembacanya sepanjang dan sesudah dia membaca karya itu.
Kesan spiritualiti itu tercipta oleh banyaknya pengaruh intertekstualiti antara novel itu dengan teks-teks agama.
PTS meneroka sektor sastera agama (Islam) dengan memperkenalkan nama Zahiruddin Zabidi.
Sektor pasaran sastera agama adalah besar. Ini terbukti apabila novel Rabiatul Adawiyah yang dicetak 5 ribu naskhah telah habis terjual dalam tempoh 2 bulan selepas diterbitkan. Prestasi novel itu mengatasi prestasi jualan novel-novel PTS yang lain, termasuk novel cinta Islami PTS.
No comments:
Post a Comment