10 February 2009

Tersejat : Kuliah Maghrib


Cabaran

Kaku dan kelu bila berhadapan situasi sebenar, kalau sebelum ini saya hanya berhadapan cabaran-cabaran halus. Semalam adalah kenyataan sebenar dalam proses menjadi seorang pendakwah, penceramah dan penyampai.

Jika sebelum ini saya berhadapan dengan audien yang boleh saya uruskan tetapi jemputan kuliah Maghrib di Surau Ihsaniah, fasa 4 Kondominium Rakyat semalam betul-betul meletakkan saya dalam keadaan kekerdilan yang ketara.

Bila disebut surau maka terbayang kita jemaah yang kurang 10 orang kebiasaannya. Tetapi lain halnya di situ, bahkan jumlah jemaah yang hadir juga melebihi jemaah masjid Usamah bin Zaid yang indah tersergam berharga RM16juta itu. Terasa kelainan tatkala berjemaah di sini.

Jemaah yang mampu meruntun hati saya mengecut dan hilang daya tumpuan malah saya jadi kelu dan kaku ketika penyampaian, rupanya banyak lagi kelemahan yang perlu dibaiki kelak, akan saya usahakan. Rata-rata mereka menunggu dan mendengar dengan penuh kusyuk barangkali dengan harapan ada bias-bias ilmu yang lain sedikit kerana dinyatakan kepada mereka yang sedang berucap ini ialah seorang tokoh muda, barangkali Encik Abbas terlalu mempromosikan saya sehingga saya sendiri merasa risau.

A’la kulli hal, saya mencuba bagi yang terbaik walaupun tidak sempurna. Biasalah, ini adalah permulaan, manakan boleh mahu disamakan dengan tokoh-tokoh ilmuan yang telah tersohor dan berilmu tinggi. Laras bahasa juga menjadi permasaalahan apabila saya terpaksa bertukus lumus menjaga lidah agar tidak tergeliat dan menggunakan bahasa kampung saya, ini secara tidak langsung menyebabkan penyampaian menjadi tersekat-sekat dan menampakkan saya banyak berfikir.

Walau apapun, terima kasih kepada Encik Abbas kerana memberi peluang kepada anak muda seperti saya memulakan apa yang dinamakan dakwah bil kaul. Insya-Allah saya akan pertingkatkan lagi di masa depan.

Analisis

Betul kata hukama “Semakin kita menuntut ilmu semakin kita tidak tahu”

Banyak perkara lagi yang perlu saya perbetulkan terutama berkaitan amalan, memimumkan perkara sia-sia dan perkara yang menjurus ke arah itu, memperbanyakkan bacaan dan mendengar kuliah-kuliah, memperbanyakkan perbincangan dengan mereka yang lebih arif.

Pengalaman semalam juga mengajar saya utuk lebih bersedia apabila mahu menyampaikan kuliah dan jangan hanya bergantung kepada memori yang memungkinkan kita terbejat dalam ruangan minda malap. Sedar juga yang kita bukan para alim ulama’ yang cerah hati dan akal, fasih mulut dan indah akhlak. Tapi usaha ke arah itu tentu akan diperhebatkan. Paling kurang kena buat nota ringkas berkenaan tajuk yang hendak disampaikan.

Dengan itu diharap niat saya untuk ke Saudi 3 tahun dari sekarang menjadi kenyataan insya-Allah. Tiada lain yang diharapkan melainkan mahu menjadi haji muda dan menyambar peluang mendalami ilmu agama dan bahasa arab insya-Allah. Tapi sebelum itu perancangan untuk menimba ilmu di UM dalam bidang Usuluddin juga akan diteruskan.

Moga Allah bersimpati dengan saya lalu dengan belas ehsannya dikurniakan debuan ilmu yang bermanafaat untuk disampaikan, insya-Allah.

Az-Zahir
Penasihat iLuvislam dot com

2 comments:

Anonymous said...

Salam.

Ana suka sangat dgn semangat yg ada pd nta ni. Ana juga bercita2 utk mendalami BA, namun kekangan tanggungjawab yg ana kena pikul menyebabkan ana berfikir bukan sekali utk melanjutkan pelajaran di luar negara. Ana sebenarnya sangat minat BA tapi sekarang ana ambik Comparative Religion (degree). Insha Allah kalau ada rezeki ana akan sambung master next year, tapi blm decide lagi nak focus pd BA @ CR @ Psychology. Di samping itu, ana juga perlu mendapatkan persetujuan daripada bakal zauj ana. Ana harap sangat agar dia izinkan ana sambung belajar, kalau tak, nampaknya ana kena postpone dululah tarikh nikah he2x...

Zahiruddin Zabidi said...

Wassalam wrt,

Syukran, tetapi semangat sahaja tidak cukup melainkan usaha menuju kearah tersebut perlu seiring, insya-Allah tiada yang mustahil selagi impian kita itu rasional.

Perihal bidang apa yang akan menjadi pilihan anti nanti, ambillah masa untuk membuat pilihan kerana walau bukan sekarang anti fokus pada BA contohnya, tetapi ada masa seterusnya untuk itu insya-Allah.

Insya-Allah bakal jauz anti akan faham jika diterangkan elok-elok selain dia sendiri juga jenis yang mencintai ilmu.

Tunang ana@bakal jauzah (insya-Allah) terima ana ketika mana dia juga tahu ana masih belajar dan akan terus sambung belajar, alhamdulillah dia boleh faham malah dia yang menggalakkan pula.

Dia juga akan sambung belajar juga kalau jadi dan ana amat menggalakkan dia, insya-Allah kaedah 'give and take' jika diamalkan betul-betul maka datanglah masaalah apapun akan dapat diatasi.

Jadi pada ana jangan dilambatkan pernikahan anti tu, jangan jadikan pernikahan sebagai alasan untuk anti tidak menuju kejayaan.

Wallahua'lam