09 February 2009

Kursus Kahwin : iLuvislam dot com

Masjid Negara

T
epat jam 6:30 petang semalam maka selesailah sudah kursus yang dinyatakan wajib untuk mereka yang ingin membina masjid di Malaysia. Kursus wajib ini mengambil masa 1 hari setengah. Dengan bayaran RM80 seorang dengan penyertaan yang agak memberangsangkan, lagikan pula di masjid Negara. Kerana dikhabarkan sebelum ini pasangan biasanya tidak suka berkursus di masjid kerana kekangan pakaian, masa solat dan zon larangan merokok. Apatah lagi mahu bermanja-manjaan berdua-dua, amatlah tidak sopan.

Tetapi sedikit kelainan kepada kumpulan peserta ini kerana rata-rata mereka memang memilih untuk hadir ke kursus yang bertempat di masjid Negara ini, saya berfikiran mungkin kerana mereka fikir yang mahu dilaksanakan kelak istilahnya membangunkan masjid jadi untuk proses awal juga sebagusnya di masjid insya-Allah berkat, kalau begitulah ijtihad mereka semua alhamdulillah masih cerah harapan Malaysia untuk mensyiarkan Islam sesyumulnya.

Bagaimana saya, kenapa masjid negara? Malu alang saya kongsikan sahaja :

1. Untuk dambaan berkat Allah kerana masjid rumahnya manakan saya ingin membina juga masjid sejahtera malah juga di sini tempat berjemaah Zohor di hari kerja.

2. Saya hanya perlu SMS nama saya kepada Ustaz Mat Zain selaku penganjur dan hanya mendaftarkan nama pada hari kursus, "Walk-in" kiranya.

3. "Sentimental values" yang ada di masjid Negara. Pertemuan pertama secara bersemuka dengan tunang adalah di sini dan kami bermusyawarah hampir 2 jam dengan bertemankan sahabat dia di satu sudut di anjung masjid ini.


Kursus, Dakwah dan Tarbiyyah


Rata-rata peserta berumur 23 tahun dan keatas. Saya tidak ingat bila bermulanya kursus ini diwajibkan di Malaysia. Tetapi apa yang boleh difahamkan ianya sepatut menjadi salah satu platform yang sangat positif dengan tujuan pengisian tarbiyyah untuk pasangan yang bakal mendirikan masjid.

Alhamdulillah, pelbagai ustaz dari pelbagai cabang dan bidang datang membahaskan tajuk-tajuk yang telah tersedia dan perlu dibahaskan. Walaupun saya sepatutnya tidak perlu hadir ke kursus ini , tetapi memandangkan tidak salah untuk mencedok atau memotivasikan kembali diri dengan ilmu khusus maka apa salahnya. Lagikan pula takkan mahu dibiarkan si fulan berkursus bersendirian.

Walaupun hampir semua modul yang ada dalam kursus telah saya ketahui tetapi ada sesuatu yang agak menarik tentang kursus kahwin di Kuala Lumpur ialah ianya telah diswastakan kepada konsultan yang dilantik.

Baik, kiraanya sekepala ialah RM80. Pengamatan saya mengatakan jumlah yang hadir sepanjang 2 hari itu ialah 200 orang secara pukul rata, maka RM80 x 100 peserta = RM8000. Maka kena caranya setelah ditolak bahagi bayaran sewa dewan, penceramah dan makan, masih agak lumayan.

Saya tidak melihat kelumayanan hasil itu, tetapi apakah ruang yang wujud untuk mengimplimentasikan lapangan dakwah siber iluvislam dot com di sini. Pasti ada perihal yang boleh dibangkitkan di sini. Penceramah , macam biasa. Dengan kriteria masing-masing dan hampir semuanya berinformatif tetapi tiada susulan lanjutan yang ditawarkan. Setakat ini hanya beberapa ustaz dan penceramah sahaja telah mencipta ruang dakwah yang tiada batas sempadan ini.

Sayang, kerana saya yakin yang mana ada dalam dewan tersebut belum tentu samaada betul faham, separuh faham, suku faham dan paling teruk mamang tidak faham langsung kerana tertidur. Saya juga hampir beberapa kali hampir tersungkur tewas, walaupun saf hadapan menjadi pilihan. Saya melihat ruang untuk bercakap di hadapan sekumpulan hamba Allah yang beragama Islam ini satu peluang yang sangat positif untuk hal dakwah dan juga bagi lanjutan promosi penjenamaan iluvislam dot com.

Apakah mustahil jika suatu hari iluvislam dot com menganjurkan kursus kahwin dengan cara yang agak berbeza di mana kita akan tawarkan servis lanjutan melalui lapangan siber, insya-Allah di masa hadapan lagipun saya hampir terlupa yang majoriti krew dan ahli iluvislam dot com masih berjuang di medan siswa.

Tetapi saya terus menyeru ikhwan dan akhawat, krew-krew iluvislam dot com terus komited dalam menggarapkan proses penjenamaan iluvislam dot com sebagai lapangan dakwah siber utama khusus di Malaysia amnya di seluruh dunia insya-Allah.

Insya-Allah dalam masa terdekat ini (insya-Allah bulan 3) ijtimak krew iluvislam dot com dan wakil-wakil IPT akan dilaksanakan. Kita mengharapkan pencernaan pemikiran yang selari dengan jaringan maya yang tidak terbatas kerana lapangan dakwah kita adalah yang paling tidak terbatas dengan usaha yang walaupun terbatas. Semoga Allah meredhai kita dan usaha murni ini insya-Allah.

Az-Zahir
Penasihat iLuvislam dot com

3 comments:

Anonymous said...

masyaAllah sesuatu yang baru

kursus kahwin yang berkualiti harapnya...benar-benar memandu arah pembinaan bait al muslim insyaAllah


teruskan semangat

Intan said...

salam wbt

haha..alih2 jumpa dengan zaf kat sini.memang ada 'jodoh' kita berdua ni zaf :D

kalau tak silap saya,sudah acapkali juga ahli(dan juga krew) iluvislam menimbulkan cadangan untuk mengadakan kursus kahwin,atau something yg related to that.

untuk mengadakan apa2 program sekalipun,'branding' memang memainkan peranan penting to position ourselves dalam masyarakat..dan ini memerlukan usaha dan kerjasama dari segenap penjuru,daripada ahli dan krew iluvislam itu sendiri.

abang zahir dan rakan-rakan yang lain;

teruskan usaha dan semangat anda.
inshaAllah,kami akan turun padang sama bila pulang ke malaysia pertengahan tahun ini :)

-naik semangat sama,hehe-

Zahiruddin Zabidi said...

Wslm wrt,

Insya-Allah kami di Malaysia menunggu kepulangan antum semua.

Pengorganisasian iLuvislam dot com kearah yang lebih matang seiring umur dan zaman akan berlaku.

Kita pencoraknya, maka kita yang akan menentukannya. Dengan penyatuan keilmuan agama dan keilmuan konvensional maka akan lahir 'muslim super' yang mampu merobek selaput kejahilan sekularis yang masih menebal Malaysia, insya-Allah.

Pastikan iLuvislam dot com menjadi fenomena fikrah ummah, insya-Allah.

Wallahua'lam