05 February 2009

35 Buah Buku iLuvislam.com Terjual (laporan operasi di program UMMAH TALK masjid UIA Petaling Jaya semalam)

8.30 malam


Alhamdulillah, walaupun saya kelewatan hadir ke ‘Ummah Talk’ yang dijangka bermula pada pukul 8 malam lagi, namun pengurusan untuk mempamer sekaligus menjual buku sulung iLuvislam.com yang bertajuk “Media dan Islam, Berperang atau Berdamai” lancar. Melalui beberapa panggilan telefon kepada mereka yang komited membantu, alhamdulillah proses berjalan dengan damai sekali, terimalah kasih nista kami ini Ya Allah.

Udon dan Imran telah menghantar stok buku tersebut sebanyak 50 buah keseluruhannya. Angka yang agak besar, fikir saya tidak mengapa kerana buku-buku itu bukanlah makanan atau bahan organik yang akan basi berkulat jika tidak terjual kelak. Intan, wakil UIA PJ memberikan komitmen untuk sampai ke sana seawal maghrib lagi, tahniah untuk beliau kerana kesungguhan dalam menyebarkan dakwah sekaligus membantu menyebarkan publisiti penjenamaan www.iLuivislam.com, saya mengucapkan tahniah kepada beliau dan dua rakannya.

Saya menelefon akh Dzulkhairi (Presiden Gamis) merangkap perancang utama pada malam itu untuk pengesahan tempat pameran buku. Alhamdulillah akh Dzul bersusah payah mencari wakil iLuvislam.com yang sedang menunggu di satu sudut sedangkan saya masih di atas kereta tersejat dalam kesesakan lalulintas kerana dari UKM Bangi, jazaka-Allah ahk Dzul kerana peluang yang diberikan untuk iLuvislam.com. Sejurus sebelum ke tempat kejadian saya perlu lencong ke stesen universiti kerana wakil UniKL, akh Izat sedang menunggu. Hampir sahaja saya terlupa, nasib baik satu mesej dari Izat menyedarkan saya untuk melewati dia.

Saya sampai kurang lebih 8.30 malam bersama Izat, selesai berjemaah Isyak kami tuju ke dewan. Alhamdulillah, memang ramai penyertaan dari jemaah universiti. Kebanyakan dari UM, UIA, UKM dan beberapa gerakan kampus dan individu lagi yang angkanya mencecah hampir 300 orang. Saya terkesima, ini adalah “talk underground” yangs sangat Berjaya. Di pintu masuk ditempatkan tempat mengutip yuran berharga RM2 sahaja dan meja untuk jualan buku-buku. Ada 2 jenis buku yang dijual semalam, buku keluaran iLuvislam.com dan buku bertajuk “Tokoh-tokoh Gerakan Islam Zaman Moden”. Saya sendiri membeli buku tersebut.

Fenomena ini dilihat saya sebagai faktor persatuan pemuda adalah pemangkin ummah yang paling penting di mana-mana negara sekalipun. Kalaulah 50% dari remaja dan pemuda-pemudi Islam di Malaysia mahu ditarbiyyah dan mentarbiyyah ternyata kita tidak akan ketandusan pemimpin pelapis yang penuh dengan sifat mahmudah kelak. Semoga tidak juga keluaran dari jemaah ini pemimpin yang hanya cintakan dunia melebihi kecintaan mereka pada akhirat insya-Allah.

Abu Saif

Alhamdulillah Ustaz Hasrizal beraksi cemerlang penuh karismatik seorang pendakwah bebas yang ‘multitask’. Begitu dia mengkagumkan audien dengan teori-teori hakikat disamping celahan cerita, pengalaman, isu semasa dan tidak lupa fokus malam itu “Sultan Muhammad Al-Fateh : Pembuka Kostantinopel”.

Rata-rata peserta tidak berganjak malah menumpukan setiap ruang pandangan dan minda kepada syarahan beliau, tidak kurang juga yang sedaya mungkin cuba memimumkan walau kelipan mata takut terlepas butiran-butiran hikmah dari beliau, begitu Abu Saif telah membina empayar beliau tersendiri.

Kagum saya, tetapi harus diingatkan bahawa beliau tidak hanya bergantung pada syariah semata untuk berada di tahap itu malah beliau juga meletakkan diri selari dengan sunnatullah sebagai landasan asas, “man jadda wa jada” maksudnya siapa cepat dia dapat, siapa buat dia dapat, siapa usaha dia berjaya, tidak kiralah apa yang mahu diterjemahkan secara individu tetapi yang mesti kita faham ialah kita perlukan “USAHA”. Tidak kira anda siapa. Rasul, nabi, sahabat baginda, tabiin, tabi’ tabi’in, salafus soleh, para wali, hukama, alim ulama’ dan keseterusnya. Siapa pun perlukan usaha untuk dapatkan hasil, tiada siapa yang akan hasil melainkan dengan usaha, itulah sunnatullah.

Doa itu adalah syariat dan ianya dituntut, usaha yang bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan yang tidak putus kepada Allah, itu adalah cabang sunnatullah dan insya-Allah orang itu akan berjaya, bila? Jangan dipersoal, usaha dahulu. Dah lama dah usaha, tiada hasil? Ada hikmahnya, kalau bukan sekarang Allah kurniakan masih ada peluang di akhirat kelak. Jadi pastikan kita salah seorang ahli syurga Allah walaupun layak kita hanya pada syurga Allah yang paling ‘low class’ sudah memadai mungkin. Masa itu Allah qada’kan semua permintaan yang pernah kita buat masa di dunia dulu. Nikmat kekal abadi tiada sempadan. Luar jangkauan minda dengkel insan jalang seperti kita ini.

Itu sedikit sebanyak yang saya dapat tangkap dan tampalkan dalam hati minda ini di awal permulaan ceramah Abu Saif ini.

Bersurai Dalam Kepuasan

Tamat sudah program malam tadi sekitar jam11.30 malam, Abu Saif bercanda kata “Saya takpe, janji sampai ke rumah sebelum Subuh esok, anda student..lewat balik nak pergi kelas pulak pagi esok,” disambut deruan ketawa geli hati para peserta.

Saya sekadar mendengar dari luar dewan tetapi penuh penumpuan pasti,di samping akh Dzul yang nampak agak kalut kerana “unexpected situation”, jumlah anggaran asal peserta hanya sekitar 200 orang tetapi yang hadir alhamdulillah wa masya-Allah lbh 300 orang. Kalut kerana ada lagi adik-adik jemaah muslimin dan muslimat berantaian muncul sikit demi sedikit, terpaksa berpunggah-ranggah kerusi di sebelah sana ke sini untuk meraikan para mujihidah terutamanya.

Wakil IPT iLuvisalam.com juga hanya dibekalkan sebiji kerusi yang akhirya setelah beberapa lama baru saya perasan dan kemudian diusahakan kerusi duduk untuk keselesaan para sukarelawan ini. Secara tidak langsung juga mereka menjadi penyambut tetamu bagi meraikan para jemaah yang baru sampai, begitu ukhwah telah terjalin di kalangan para jemaah yang saya kira kalau berkekalan negara akan mencapai apa yang difirman oleh Allah ta’ala yang bermaksud “Negara terbaik penuh dengan keampunan dari tuhannya.”

Buku terus terjual dan akhirnya alhamdulillah sebanyak 35 buah buku sudah terjual setelah mengucapkan perhargaan dan terima kasih terhadap komitmen akhawat bertiga, mereka pun balik ke kolej masing-masing yang hanya bersebelahan dengan masjid tersebut sahaja, memang satu kelebihan di situ.

Saya kemudian dapatkan 2 buah buku untuk di hadiahkan kepada Abu Saif dan akh Dzul sebagai penghargaan di samping mengambil kesempatan membina ukhwah diplomatis agar nanti mudah untuk saya merujuk kepada mereka kelak jika ada keperluan nasihat dan panduan insya-Allah. Peluang itu juga saya gunakan untuk bernelan secara fizikal dengan Abu Saif yang hanya saya kenali melalui AbuSaif.com dan buku beliau “Aku Terima Nikahnya” sahaja. Alhamdulillah beliau mengecam saya setelah diberitahu saya adalah Az-Zahir yang ada bertanya dan meminta pandangan dalam ruangan ‘shoutbox’ dalam blog beliau. iLuvislam.com juga bukan asing pada Abu Saif, setelah seketika bersapa mesra saya meminta diri kerana masih bersama saya akh Izat yang perlu dihantar ke apatmennya di Pantai Dalam.

Sampai rumah, jam menunjukkan 13 minit ke pukul 12 mengikut jam tangan saya. Sekadar menyalin persalinan terus akur dengan fitrah tubuh badan yang perlukan rehat. Tersungkur saya dalam kenikmatan dan kepuasan walaupun penat bermotor dan pulang dengan keadaan fizikal yang dari petang tadi tidak lagi menyegarkan badan, dengan hanya satu harapan pada Allah. Redhalah ya Rabb akan laku hambamu ini, insya-Allah.

Agenda seterusnya telah diatur bagi menjenamakan gerakan dakwah siber iLuvislam.com khususnya dan Islam umumnya di persada ummah Malaysia insya-Allah, wallahua’lam.

u/p: gambar sekitar program akan dimuat turun nanti insya-Allah

Az-Zahir

Penasihat www.iLuvislam.com

4 comments:

Hasmora said...

Assalamualaikum Ustaz,

Alhamdulillah... salah seorang dari 35 buah buku itu ada dgn ana (^_^)

salam perjuangan.

Zahiruddin Zabidi said...

Waalaikumussalam...

Teruskan menyokong lapangan dakwah siber ini ya akhi..

Jazaka-Allah kerana sumbangan moral yang positif diatas setiap pembelian.

Boleh promote ko sahabat2 lain atek insya-Allah..

Effy Saiful said...

salam ustaz..terima kasih atas penat lelah & promosi yg dilakukan.. semoga Allah sahajalah yg membalas jasa baik ustaz (^_^)

Zahiruddin Zabidi said...

Wslm akhi,

Akhirnya dapat juga berinteraksi dengan penterjemah @penulis buku sulung iLuvislam ni.

Pertamanya tahniah kerana berjaya menghasilkan buku yang amat menarik dan sesuai dengan fikrah harakah dakwah pelajar yang memerlukan hujah yang tepat aqli wan naqli, pilihan yang tepat.

Insya-Allah teruskan tugas anta dan ana dengan tugas ana di sini. Insya-Allah Imran dan ana dapat belerjasama dengan baik dan akan lebih baik kelak.

Kami nantikan antum yang berada di luar negara balik untuk menggempur Malaysia dengan fikriyyah islamiyyah setotal mungkin.

Ana pun insya-Allah dalam proses menyiapkan manuskrip karya ana yang kena minta khidmat nasihat dan tunjuk ajar dari anta kelak, insya-Allah kalau akhi tidak kisah.

Teruskan agenda kita walau di mana jua, insya-Allah.

Az-Zahir