07 February 2009

Lagi Cuti 3 Hari

Lagi 15 minit ke pukul 6 pagi dan ini adalah penulisan ringkas dinihari sebelum pergi bertugas (Subuh). Ada beberapa perkara yang perlu dilaksanakan dalam masa cuti 3 hari ini.

Perancangan yang rapi itu perlu jika mahukan ruangan masa terisi dan bukan hanya lewat lalu sahaja tanpa faedah, insya-Allah.

7 Februari 2009 @ Sabtu

1. Bertugas di masjid Usamah bin Zaid (Subuh - Isyak), Zohor dan Asar minta Reimi ganti kerana berkursus.

2. Ada temujanji dengan seorang pelanggan yang mahukan buku Dr Zakir, akan buat penghantaran sendiri ke Taman Melati.

3. Menghadiri kursus pra-ikatan perjanjian kehidupan bersama di Masjid Negara bermula jam 2.30 petang hingga 6 petang.

8 Februari 2009 @ Ahad

1. Seharian berkursus dari pukul 8 pagi hingga 6 petang.

2. Jalan-jalan cari barang persediaan, insya-Allah.

9 Februari 2009 @ Isnin

1. Perjumpaan dengan akh Hilmi dari MAS Engineering Training Centre bagi perbincangan 2 dalam 1 :

-Perihal gerakan usrah tempat beliau tapi kena rujuk dengan akh Dzulkhairi (Presiden GAMIS)
-Agenda iLuvislam.com di tempat beliau, akh Hilmi dipelawa sebagai Wakil IPT@krew

2. Kuliah maghrib di surau Kondo Rakyat Pantai Dalam, tajuk bebas.


Ya Allah berikanlah aku kekuatan para sahabat Rasulullah dalam mengsyumulkan Islam di bumi Malaysia yang semakin dengan kecelaruan serta kebinasaan ini, semoga juga masa-masaku dipersembahkan padaMu ya Allah dengan penuh iltizam pada redhamu semata,insya-Allah.

Az-Zahir
Penasihat iLuvislam.com

2 comments:

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum WBT...
Banyak juga ya agenda. Moga apa yang dirancang dipermudahkan dan sukses.

Ana juga banyak agenda untuk 3 hari yang singkat ni. Mudah-mudahan cabang kita yang berbeza ini tetap sama, sentiasa terarah menuju redha Rabbi.

Owh ya tentang plan jualan pula. Jika diberi peluang, ana memang berhajat benar. Mungkin menyewa tidak mampu. Jualan ana masih kecil-kecilan lebih kepada al-Quran dan karya sastera Islamic~

Zahiruddin Zabidi said...

wslm warahmatullahi ta'ala wabarakatuh,

Insya-Allah diberi kesihatan dan kekuatan oleh Allah sentiasa untuk bermujahada di jalanan redhaNya semata insya-Allah.

Pasal jualan tu, kalau boleh jadi "parasit" dengan mana-mana pertubuhan islam di sana pun satu kredit, ana tengah cuba menhubungi sahabat-sahabat ana untuk uruskan, insya-Allah ada peluang.

Mungkin ana sendiri pun akan order dari anti insya-Allah.

Lagi satu anti dah beli buku Dr Zakir Naik keluaran sulung iLuvislam.com?

Kalau berminat boleh terus dengan ana insya-Allah

Wallahua'lam.