03 February 2009

iLuvislam.com (Malaysia) Mengorak Langkah

Dengan Nama Allah : Ini Permulaanya

Semalam,selepas saya menunaikan tugas di masjid Usamah bin Zaid, pandangan saya ke hulu hilir mencari Presiden (akh Imran) yang terlebih dahulu dimesej saya tentang mesyuarat tertutup dengan seorang tokoh kemasyarakatan di daerah Lembah Pantai atau lebih tepat Pantai Dalam. Alhamdulillah, Imran hadir dengan aura seorang Presiden yang berwibawa. Itu yang saya suka pada saudara baru saya ini.

Setelah berkira-kira kami bersetuju mudik dengan kereta lipan eletrik moden jenama PUTRA LRT dari stesen Wangsa Maju ke stesen Universiti yang paling dekat dengan Pantai Dalam, jam menunjukkan pukul 9.30 malam, hmm..rasanya dah lewat juga untuk seorang pelajar jurusan Kejuruteraan seperti Imran untuk keluar pada masa itu lagikan dia sekarang sedang dalam lapangan peperiksaan pertengahan semester, timbul rasa bersalah dari lubuk hati seorang abang kepada adik.

Tetapi komitmen Imran terhadap perancangan, pemantapan, pemasaran dan penjenamaan organisasi kami tidak melunturkan semangat dia. Inilah anak muda yang berintelektual tapi sarat dengan fikriyyah islamiyyah malah sanggup membejatkan masa dia untuk memastikan apa sahaja peluang digarap dengan sempurna. Pastinya untuk memastikan web portal http://www.iluvisam.com/ menjadi fenomena fikriyyah ummah sedikit masa lagi, insya-Allah.

Kami berdua dijemput oleh sahabat perjuangan sefikrah yang walau dia dalam lapangan lain (NISA’) tetapi tetap iktikad pada haq yang satu. Kerana dia jugalah yang memperkenalkan kami atau lebih tepat lagi iLuvislam.com kepada Encik Abbas (Pengerusi Penduduk Setempat) yang selalu berprogram dengan mereka asalnya, Encik Abbas walaupun melewati umur setengah abad sudah tapi masih aktif dalam usaha meneutralisasikan masyarakat kepada fikrah Islam terutama dari kalangan remaja, saya dan Imran semakin tidak sabar untuk ketemu tokoh ini.

Dipendekkan cerita, maka sampailah kami di stesen Universiti kurang lebih 10.15 malam, hampir 45 minit dalam kereta lipan eletrik itu banyak juga yang kami wacanakan semasa dalam perjalanan. Sasaran malam ini ialah untuk meyakinkan Encik Abbas untuk kami menjadi parasit dalam slot program yang telah tersedia bagi tujuan apapun samaada kuliah, ceramah, wacana, diskusi, forum dan lain-lain. Peluang itu akan digunakan setotal mungkin untuk akhirnya mempromosikan iLuvislam.com.

Akhirnya kami tiba di rumah Encik Abbas dan setelah menunggu seberapa ketika, beliau muncul setelah pulang dari kedai. Kami dijemput masuk malah terus dijamu dengan mee goreng dan tea 'o' yang memang tersedia untuk menyambut kami mungkin, begitu indah bentukan akhlak yang dianjurkan oleh Islam, memuliakan tetamu tidak kira status apapun tetamu mereka kerana tetamu itu membawa rahmat. Itu yang diyakini oleh mereka, Allah akan membalas lebih lagi kelak, insya-Allah.

Perbincangan bermula dengan penuh konsentrasi dan liberasi. Apa yang saya dapat gambarkan perihal Encik Abbas ialah beliau seorang yang tenang tapi penuh dengan buakan semangat dan idealisma serta pengalaman yang sarat dalam pengorganisasian sukarelawan kemasyarakatan, kami berjumpa dengan orang yang tepat. Sementelah Encik Abbas salah seorang anak buah Pak Syeikh ayahanda kepada Puteri Reformasi yang kini menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai di awal tahun 70an lagi, makin kami teruja. Beliau juga tanpa kedekut menceritakan serba sedikit pengalaman dalam gerak kerja yang membuatkan kami terlopong seketika, Alhamdulillah banyak cerapan pengetahuan baru dan lama saya dan Imran diagnosiskan semalam dalam perjalanan pulang setelah hampir jam menunjukkan 12.00 malam.

Sahabat yang mengiringi juga telah sampai untuk menumpangkan kami pulang. Terima kasih 2M ini yang kemudiannya menghantar kami ke Wangsa Maju kerana kereta lipan eletrik dah tamat khidmatnya pada waktu itu, semoga Allah sahaja yang membalas budi baik kalian insya-Allah.

Keputusan dari diskusi tersebut sangat positif, Encik Abbas faham yang kami mahukan platform untuk menyampaikan dan memasarkan web portal kami dengan membawa aliran dakwah baru yang digelar “Dakwah Siber”. Secara tidak langsung beliau mewujudkan 3 peluang untuk kami :

1.Kuliah magrib pada 9 Feb ini bagi menggantikan Ustaz yang tidak boleh hadir kerana pulang ke negara asal (Indonesia) menguruskan beberapa hal.
2.Menjadi imam jemputan bagi program tahajjud di surau Kondo Rakyat kelolaan beliau pada 15 Feb jam 3 pagi.
3.Menjadi tenaga pengajar al-Quran setiap hari Sabtu 9-10malam, program masih di peringkat perancangan.

Alhamdulillah maha suci Allah yang melapangkan ruangan dakwah kami dengan memberi peluang ini, hati ini sedikit gentar malah terkesima kerana tidak menyangkakan sebegitu sekali ruang yang dibentangkan, sehingga tidak mampu saya berkekeputusan dengan kadar segera, insya-Allah sebelum Khamis minggu ini akan diberi jawapan pada Encik Abbas, jazaka-Allah kerana percaya dan bagi peluang untuk kami sebagai orang muda yang masih mentah dan alpa dengan dunia dan tersejat dengan maksiat disamping ilmu yang dengkel malah warak yang berdebu, cuma berbekal beberapa kalimah Allah dan hadis Rasulullah dan sedikit pengalaman sebelum ini selain pernah belajar dalam aliran keagamaan itupun kerana paksaan orang tua. Tetapi insya-Allah, inilah permulaannya.

Az-Zahir
Penasihat www.iLuvislam.com

6 comments:

Unknown said...

Salam

Stesen U tu dah dekat sgt dengan tempat tinggal saya,Apartment Vista Angkasa,kalau ada apa2 hal,boleh lar roger dekat saya

Uwais al-Qarani

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum WBT...

Moga usaha dipermudahkan Allah SWT. InsyaAllah perjuangan kalian bakal membuahkan hasil jika ikhlas dan sabar beriringan selalu~

everjihad said...

saya terfikir, pada masa akan datang, iluvislam patut jadi / kuasai media.

contoh, buat surat khabar/ majalah./ program tv.

walau bagaimanapun, ini hanya sekadar apa yang saya tefikir(dapat ilham).

perlukan lebih tenaga kerja.
buat masa ni, kalau dapat jumpa semua krew secara realiti (sbb selama ni, di alam maya" mungkin lebih mantap.

Wallahu'alam.

Anonymous said...

Aslmkm,

1.Insya-Allah, kita bergerak seiring dengan rasionaliti..dari masa ke semasa, kita guna analisis SWOT..

2.Insya-Allah doakan iLuvislam.com jadi fenomena fikriyyah ummah buka sahaa di Malaysia tapi dunia jua.

3.Matlamat kita sekarang adalah menjenamakan "www.iLuvislam.com"

4.Insya-Allah dalam masa terdekat akan diadakan ijtimak antara krew dan wakil IPT di Malaysia, dalam proses perbincangan antara saya dan Presiden akan siapkan modul kelak, insya-Allah.

Anonymous said...

salam...

semoga dakwah iLuvislam.com akan terus berkembang dan mantap...
kami sentiasa memberi sokongan y berterusan dalam perjuangan kalian..insyaALLAH...
semoga iLuvislam mnjadi suatu fenomina fikriyyah...ameen...

Anonymous said...

Salam

Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan diberkati oleh Allah SWT. insyaAllah ;)