02 February 2009

Brain Storming : iLuvislam.com

Tepat jam 10.30 pagi semalam saya sampai di restoran Sameera nasi Kandar yang bertentangan dengan masjid Usamah bin Zaid. Sedang menunggu saya ialah Imran dan Udon. Imran selaku Presiden iLuvislam.com manakala Udon Ketua unit logistik di Malaysia.

Perbincangan "brain storming" bermula sejurus kemudian, saya dipersembahkan secara ditir struktur iLuvislam.com yang sedia ada, kesimpulannya tenaga gerak kerja di Malaysia sangat kurang dan perlu direkrut. Yang sedia ada ramainya sekarang berada di UK, Ireland dan Mesir.

Setelah berkira-kira, bercongak bahagi maka banyaklah idea-idea yang dicambahkan oleh kami bertiga. Imran menerangkan dari sudut teknikal bagaimana akan dia aturkan perjalanan iLuvislam.com kelak. Saya banyak memberikan penerangan mengenai perancangan untuk menjenamakan iLuvislam di peringkat kebangsaan, sasaran kami adik-adik sekolah rendah, menengah, universiti dan golongan dewasa. Penerangan dan pemasaran adalah agenda utama.

Kami memilih untuk membuat promosi secara verbal dahulu dengan mencari peluang untuk mengisi slot ceramah, forum, diskusi dan sebagainya di sekolah rendah dan menengah serta universiti. Dan semuanya adalah percuma.

Saya sendiri insya-Allah akan menjadi panelis satu forum bertajuk "Kita, Cita dan Cinta" di Pusat Matrikulasi UIA Nilai pada 11 Feb ini, insya-Allah platform ini akan saya gunakan sebaik mungkin untuk mempromosikan iLuvislam.com dan mungkin juga saya akan bawakan buku sulong keluaran iLuvislam.com untuk dijual.

Atas nama sebagai Penasihat(Think-tanker) dan Kaunselor iLuvislam.com ini saya akan cuba sampaikan kepada pelajar kesedaran mengenai hakikat cinta. Insya-Allah sedang memperbanyakkan bahan untuk 'talk show' itu di samping bahan-bahan yang sedia ada.

A'la kulli hal, kini masa-masa saya semakin terisi dengan sentiasa menyibukkan minda ini dengan mencambahkan fikiran untuk hal-hal yang mendatang. Tafakkuh fi ddin, insya-Allah.

Az-Zahir
Penasihat@Kaunselor iLuvislam.com

No comments: