Saya akan meneruskan pengajian, insya Allah. Khususnya dalam bidang agama dan kali ini pilihan saya adalah bumi para anbia. Mungkin Mesir, mungkin juga Yaman, Jordan, Syria mahupun Makkah dan Madinah.
Saya sedang merancang. Mengumpul kekuatan fizikal dan material, beberapa sahabat sudah menyampaikan beberapa berita gembira dan maklumat-maklumat yang berguna. Saya dapat rasakan ianya tidak mustahil dan bukan omongan kosong. Sedikit masa lagi, saya akan menginjak ke salah satu bumi anbia ini, insya Allah.
Jika saya ke sana, anak dan isteri akan turut serta. Saya akan bawa mereka bersama. Kami akan tinggal bersama-sama di sana dengan status saya sebagai pelajar dan penulis sepenuh masa.
Insya Allah, ini bukan angan-angan kosong, saya sasarkan impian ini tercapai dalam masa kurang lima tahun daripada sekarang dan ianya akan menjadi kenyataan, insya Allah.
Oleh yang demikian, saya perlu bekerja keras daripada sekarang. Rehlah ilmu ini hanya akan berjalan dengan keizinan Allah. Selain dapat melangsaikan hutang ilmu tersebut, saya juga yakin mampu memberikan perkongsian yang lebih kepada ummah kelak. Ianya akan dilakukan melalui penulisan mahupun komunikasi verbal.
Sebab itu saya menulis dan menjadi seorang penulis. Memberi, bagi mendapatkan kembali dan dikongsikan kembali.
Saya akan pergi dan menyara hidup saya di perantauan dengan hasil penulisan yang sedang saya tanam dan bajai mulai daripada hari ini. Apabila di sana pula, saya akan terus menerus menulis, lagi dan lagi.
Apakah impian ini adalah khayalan kosong jika nilai royalti hasil tulisan saya persis Pak Latip saban tahun?
Inilah impian dan inilah harapan saya. Hanya kepadaMu ya Allah, hambaMu ini berharap dan diri ini akan terus berusaha.
Amin.
__________________________________________Zahiruddin Zabidi
http://kalamkhalifah.blogspot.com/
7 comments:
Salam Ustaz Zahir,
Impian yang sebegini murni, selayaknya mendapat doa daripada saya.
;)
salam alaik,,insyaAllah akhi,,mudah - mudahan apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Selamat maju jaya in your future undertakings =)
Wassalam, terima kasih kepada Tuan Al Ghazali Sulaiman. Didoakan tuan juga terus agam dalam penulisan dan menggapai cita-cita tuan, insya Allah.
Syakira, wassalam, amin ya Rabb... orang lain pergi belajar dahulu di sana kemudian balik berbakti. Ana mungkin lain sedikit, kadang-kadang ganjil itu indah.
;)
Tuan Zahiruddin,
Ketika saya di perantauan dahulu, saya bertemu dengan seorang bapa - Ustaz Yahya - yang lanjut usia bersama-sama dengan ramai anak-anaknya.
Dia sentiasa menjadi motivasi bagi kami anak-anak muda. Bahkan, dengan segala kepayahan, dia tetap pulang membawa segedung ilmu di dada. Kami tidak pernah mengatakan bahawa dia terlalu lewat untuk meraih ilmu di bumi anbia yang mubarak itu.
Allah yusahhil 'alaik
Ustaz Azman yang dikasihi,
Terima kasih atas perkongsian yang sekaligus merupakan obor motivasi diri ini.
Saya baru bermula dan dengan izin Allah tidak mahu berpatah kembali.
Doan daripada sahabat sekalian amat saya dambakan, kerana yang berusaha adalah kita, hamba, yang menentukan adalah Allah.
Doa, usaha, itqan dan istiqamah adalah aset bagi mencapai titik nikmat itu, insya Allah.
Man jadda wa jada, man zara'a hasada.
dahsyat anta, syeikh.
moga tercapaikan.
Alhamdulillah, jazakumullahu khairan jaza', Ustaz Zaid Akhtar.
Tahniah atas penganugerahan kesarjanaan daripada Universiti Malaya.
Doakan ana juga dapat naik pentas konvo kelak, amin.
(Nota: Ustaz Zaid sebenarnya teruja sebab ini pertama kali beliau konvo, dulu semasa habis belajar di Jordan terus balik sahaja.)
;)
Post a Comment