12 July 2010

Teguran Terhadap Novel RA

Seorang pelawat blog yang juga pembaca Novel Sejarah Srikandi Islam Rabiatul Adawiyah meninggalkan ulasan berikut pada entri lalu yang bertajuk 'Kenapa Saya Menulis Novel Sejarah'.

Anonymous said...

Salam saudara Zahiruddin. Saya baru tamat membaca buku RA. Pendapat saya saudara menulis buku ini dengan bahasa yang terlalu santai. Sehingga kehebatan Rabiatul Adawiyah tidak sampai ke lubuk hati saya yang paling dalam.
Saya menjawab ulasan tersebut seperti di bawah.

Ahmad Zahiruddin bin Mohd Zabidi said...

Wassalam, terima kasih atas keprihatinan tuan/ puan Anonymous.

Terima kasih juga kerana sudi membeli dan membaca tulisan saya.

Saya akui mutu penulisan dan editing buku tersebut ada kekurangannya, insya-Allah akan diperbaiki pada cetakan seterusnya.

Berkenaan dengan bahasa, apabila saya mula menulis. Saya dinasihatkan oleh guru saya agar menulis untuk khalayak yang luas.

Bukan sahaja kepada peminat sastera berat (termasuk anda mungkin) namun juga kepada anak-anak di bangku sekolah rendah, menengah, universiti, dalam dan luar bandar, golongan profesional mahupun tidak, ibu bapa dan juga anak-anak.

Namun teguran tuan/ puan akan saya anggap sebagai kata-kata motivasi bagi saya memantapkan lagi gaya penulisan pada masa hadapan.

Terima kasih, wassalam.
--------------------------------------------------------------------

Nota: Saya amat mengalu-alukan sebarang persoalan, perbincangan dan kritikan yang membina. InsyaAllah, ke arah dunia ilmu yang lebih terbuka.

Zahiruddin Zabidi
http://kalamkhalifah.blogspot.com/

No comments: