05 July 2010

Apabila Penulis Menjual Karyanya Sendiri

Subhana-Allah walhamdulillah wa-Allahuakbar.

Selepas sebulan berada dalam pasaran. Novel RA kini dapat ditemui oleh para pembaca di kedai-kedai mega seperti Popular dan MPH serta kedai-kedai indie yang aktif di seluruh negara.

Entah mengapa, mungkin kerana saya sudah terbiasa dengan menjadi peniaga jalanan suatu masa dahulu. Kali ini pun, saya juga aktif menolong mereka yang mahu memiliki novel RA secara terus melalui saya sendiri. Mereka hanya perlu berurusan melalui emel, kotak mesej FB atau terus ke telefon bimbit saya.

Pada 28-30 Jun lepas, saya ke Dewan Bahasa Pustaka (DBP) bagi menghadiri Bengkel Terjemahan anjuran MABBIM. Pada hari terakhir, saya membawa 20 naskah novel RA dan mempamerkannya di pintu masuk dewan bengkel. Alhamdulillah, empat naskah disunting orang. Di antara pembelinya adalah yang berstatus Dr. PhD, cikgu, penterjemah dan ada juga pelajar.

Senaskah saya hantarkan ke Sabah sejurus pesanan dibuat melalui telefon bimbit dan selebihnya habis terjual pada hari ahad lepas, usai Bengkel Bahasa Melayu Tinggi kelolaan Puan Ainon Mohd di Taman Pertama.

Alhamdulillah, saya juga perasan bahawa pembeli akan lebih teruja membeli sesebuah karya apabila mereka dapat berinteraksi secara langsung dengan penulisnya. Selain daripada itu, sebagai penulis jangan pula kita menjual mahal apabila diminta menurunkan tandatangan beserta sedikit kata-kata hikmah.

Daripada Allah kita datang dan kepadaNya jua kita akan kembali.

Alhamdulillah, menurut portal rasmi PTS. Dilaporkan kedudukan jualan terbanyak bulan Jun (15-30) di bawah kategori 'Novel Sejarah Islam', novel RA berada di tangga ke-5. Manakala yang terbaru, novel RA diraikan di tempat ke-9 daripada 'Top 30' jualan tertinggi keseluruhan kategori bagi bulan Jun lepas.

Alhamdulillah....

Zahiruddin Zabidi
http://kalamkhalifah.blogspot.com/
________________________________________________________

TOP 30 Buku PTS Bagi Jualan Bulan Jun 2010

1. Hidangan Mudah, Cepat & Enak: Bersahur

2. Hidangan Mudah, Cepat & Enak: Berbuka Puasa

3. Diari Ramadan

4. Alexander Adalah Zulqarnain

5. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung

6. Perang Badar: Perang Penentuan

7. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah

8. Hidangan Terbaik Dunia: Brunei

9. Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi

10. Mukjizat Qiamullail

11. Adab Ramadan

12. Paksi 40 Imam Nawawi

13. Khalifah-khalifah Yang Benar

14. Dahsyatnya Doa Ibu

15. Munajat Malam

16. Hadiah Daripada Pengantin

17. Hidangan Terbaik Dunia: Cina

18. Quranic Leadership: Seni Memimpin Gaya Al-Quran

19. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah

20. Hebatnya Kuasa Istikharah

21. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha

22. Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak

23. Sarah Dan Duit Raya

24. Berfikir Gaya Trump

25. Great Work Great Career - Ed. Bahasa Melayu

26. Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang

27. Senangnya Memasak Ayam

28. Jika Anda Ingin Berjaya, Bersolatlah

29. Agenda Yahudi Menakluk Dunia

30. Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur
__________________________________
 
Sumber: Universiti Terbuka PTS

4 comments:

Unknown said...

Wah, tahniah Ustaz!

Anak Akhirat said...

Assalamu'alaikum Ustaz..

Alhamdulillah. Saya telah terima buku yang Ustaz kirim.

Terima Kasih.

=)

Zahiruddin Zabidi said...

Tuan Al Ghazali Sulaiman,

Terima kasih, saya kira ini adalah kerana doa dan sokongan daripada semua orang termasuk tuan.

Zahiruddin Zabidi said...

Tuan/ Puan Anak Akhirat,

Waalaikumussalam warahmatullah... alhamdulillah, lega hati saya apabila satu amanah sudah selesai.

Selamat membaca dan semoga terinspirasi. Jangan lupa mengulasnya nanti ya.

Terima kasih tidak terhingga kepada anda.