Alhamdulillah, pada malam khamis yang lalu (14 Julai 2010) saya dengan rasminya menyelesaikan penulisan mengenai Kisah Cinta Aminah dan Abdullah. Jika sebelum ini fokus penulisan mengenai Aminah adalah berkenaan dirinya sebagai ibu kepada Rasulullah, dirinya sebagai ikon wanita kaum Quraisy, namun dalam naskah ini saya lebih tonjolkan perihal cinta agung yang penuh dengan ranjau dan cabaran antara Aminah dan Abdullah.
Jika Novel Sejarah Srikandi Islam Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi saya dapat siapkan dalam masa sebulan setengah sahaja, untuk Kisah Cinta Aminah dan Abdullah ini seingat saya mengambil masa hampir empat bulan.
Kebetulan pula, usai sahaja penulisan tersebut esoknya saya mula demam dengan kepanasan 38.2 darjah celsius. Apakah hikmah di sebaliknya? Wallahua'lam.
Kini saya sedang merancang dan merangka pelan penulisan seterusnya yang sudah dikenalpasti. Mungkin lari sedikit daripada isu asal iaitu berkenaan srikandi namun masih lagi dalam konteks sejarah Islam itu sendiri. Pengumpulan bahan sedang dijalankan dan saya akan berjumpa dengan Ketua Jabatan Sejarah & Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya iaitu Ustaz Dr Roslan bin Md Nor bagi perbincangan lanjut mengenai topik itu.
Beliau yang kini berada di Amerika Syarikat bagi tujuan penyelidikan dan pembelajaran akan kembali ke tanah air awal bulan Ogos ini, insyaAllah.
Semoga Allah memberkati usaha kecil saya ini bagi mengembalikan hak-hak kegemilangan Islam itu kepada tempatnya dan bukan terus diputar belit oleh para pendengki, pembenci Islam yang selamanya akan tidak bahagia dengan kecemerlangan Islam di muka bumi ini.
---------------------------------------------------------
Rujukan bagi menyiapkan Novel Kisah Cinta Aminah dan Abdullah:
Abdul Salam al-Asyri. 2009. Aminah Ibu Muhammad S.A.W. Batu Caves, Selangor: Al- Hidayah Publication.
Ezee Rahmani. 2010. Aminah: Bunga Kaum Quraisy. Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd.
Ibnu Hisyam. 2009. Sirah Nabawiyah li Ibnu Hisyam (terjemahan oleh Tim Penterjemahan Al-Hidayah). Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher Sdn. Bhd.
K. H. Moenawar Chalil. 2001. Kelengkapan Tarikh Nabi Muhammad (Jilid 1). Jakarta: Gema Insani.
Muhammad Husain Haikal. 1986. Sejarah Hidup Muhammad. Jakarta: Litera Antarnusa.
Nurfaridah Rubani, 2009, Sayidah Aminah Bonda Rasulullah S.A.W. Petaling Jaya: Kharisma Network Sdn. Bhd.
Prof. Dato’ Dr Zulkifli Mohd Yusoff, Noor Naemah Abd. Rahman. 2010. Biografi Muhammad bin Abdullah, cetakan ke-5. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors.
Prof. Dr. Hamka. 2006. Sejarah Umat Islam. Singapore: Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Syeikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri. 2010. Sirah Nabawiyyah (terjemahan Raheequl al- Makhtum), cetakan ke-5. Kuala Lumpur: Penerbitan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM).
Rujukan internet:
http://en.wikipedia.org/wiki/Aminah_bint_Wahb, capaian pada 3 Mei 2010.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Aminah_binti_Wahb, capaian pada 3 Mei 2010.
http://id.wikipedia.org/wiki/Aminah_binti_Wahab, capaian pada 3 Mei 2010.
____________________________________________________
Zahiruddin Zabidi
No comments:
Post a Comment