Soalan ini ditanya dalam portal rasmi PTS di bawah laporan Cikpuan Roziah selaku wartawan rasmi PTS, sila rujuk di sini 'Rabiatul Adawiyah Angkat Kisah Srikandi Islam'.
Cikpuan Masyitah mencatatkan:
Assalamualaikum...
Saya sudah membaca buku Rabiatul, sangat menarik. Tapi saya ingin bertanya Encik Zahiruddin ambil sumber untuk menulis buku ini dari mana?
----------------------------------------------------------------------------
Jawapan kepada Cikpuan Masyitah:
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Pertamanya, terima kasih kepada Cikpuan Masyitah kerana sudi memiliki dan membaca naskah novel RA.
Di sini saya titipkan rujukan-rujukan saya:
Abdul Mun’im Qindil. 1991. Rabi’atul Adawiyah & amp; Cinta (alih bahasa oleh Mohd. Sofwan Amrullah, Mohd. Royhan Hasbullah). Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada.
Ali bin Nayif asy-Syuhud. 2009. Kisah Shahabiyah: Mawar-Mawar Padang Pasir (terjemahan Masyahir an-Nisa’ al-Muslimat). Solo: Indiva Media Kreasi.
Dr Jarid Nurbakhsh. Cetakan 2010. Wanita-wanita Sufi. Selangor: Cresent News Sdn. Bhd.
Imam Syamsyudin Muhamamad bin Ahmad bin Utsman Adz-Dzahabi (Imam adz-Dzahabi) Peringkas: Dr. Muhammad Hasan bin Aqil Musa Asy-Syarif. 2009. Ringkasan Siyar A’lam an-Nubala’ Nuzhatul Fudhala Tahdzib Siyar A’lam an-Nubala’ (terjemahan). Jakarta: Pustaka Azzam.
Nurfaridah Rubani. 2009. Rabiatul Adawiyah: Percinta Agung Mencari Cinta Allah. Petaling Jaya: Kharisma Network Sdn. Bhd.
Syeikh Muhammad Sa’id Mursi. 2010. Tokoh-tokoh Besar Islam Sepanjang Zaman. Batu Caves: Al-Hidayah Publisher.
_____________________________________________
Zahiruddin Zabidi
No comments:
Post a Comment