Cikpuan Fazeila Isa, seorang tutor di Universiti Pendidikan Sultan Idris mencatatkan ulasannya di dinding FB saya. Beliau membeli novel RA terus melalui saya sendiri pada minggu sudah.Zainon Mat Sharif: Wa'alaikumusalam penulis novel popular, saya sudah habis baca buku sehari siap... tidak sangka penulis muda sangat berbakat. Teruskan usaha... semoga beroleh kejayaan yang diimpikan, insyaALLAH. Cuma sekiranya ada tambahan perincian mengenai tempat dan maklumat persekitaran tentu lebih meruntun jiwa. Tahniah.
Cikpuan Nursaidatul Risha Shamsuddin, seorang guru di Sekolah Agama Nurul Ehsan BT3 pula menulis pada status saya.Fazeila Isa: Sebagaimana asyiknya cinta Rabiatul Adawiyah kepada Penciptanya, begitulah asyiknya saya larut dalam novel sejarah srikandi Islam sulung Tuan Zahiruddin. Cukup meninggalkan kesan dalam diri saya sehingga membuatkan saya kadangkala teringatkannya; banyak memberi pengajaran serta iktibar. Teruskan perjuangan berkarya, moga... setiap bait dapat meninggalkan kesan kepada pembaca, seperti panahan kata-kata Rabiah.
Puan Mardiah Bte Yusup yang juga seorang guru dari Batu Pahat meninggalkan pesan di dinding FB saya yang berbunyi...,Nursyaidatul Risha Shamsuddin: Novel Sejarah Srikandi Islam Rabiatul Adawiyah memang menarik dan dapat membuka hati kepada pembacanya... hidupnya yang penuh dengan ujian, dijalani dengan tabah dan cintanya rindunya hanya kepada Sang Khaliq... hidupnya dihiasi dengan bebunga iman dan taqwa....
--------------------------------------------------Siti Mardiah Bte Yusop: Tahniah... membaca karya saudara telah merangsang diri saya untuk memperbaiki diri....
Alhamdulillah, hanya kepada Allah mampu saya panjatkan kesyukuran. Kini, saya sudah mula rasakan kemanisan menjadi seorang penulis. Manisnya akan dirasai apabila kita mengetahui tulisan kita bermanfaat dan dihargai oleh mereka yang membacanya.
Ini menjadikan usaha saya bagi berkongsi dengan ummah sekurang-kurangnya membuahkan hasil, insya-Allah.
Membaca komentar-komentar ini juga menyebabkan saya semakin bersemangat bagi terus menulis, mengangkat srikandi-srikandi Islam mahupun sesiapa sahaja yang pernah berjasa kepada Islam sebagaimana yang termaktub dalam sejarah dengan cara yang lebih kreatif dan lebih mesra pembaca, sesuai untuk semua golongan.
Mohon tuan puan doakan saya diberi kekuatan atas usaha ini, insya-Allah.
Zahiruddin Zabidi
http://kalamkhalifah.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment