14 July 2010

Dari Catatan Puan Guru


Buku Tiket Bola Sepak untuk Putera Haziq adalah sebuah karya sastera kanak-kanak.

Buku Rabiatul Adawiyah adalah sebuah karya sastera agama.

Dalam kedua-dua karya itu terdapat banyak elemen-elemen yang dapat dilabelkan sebagai elemen interteksualiti.

Saya telah memberikan buku Tiket Bola Sepak untuk Putera Haziq kepada 6 orang pembaca, semunya pemegang ijazah, termasuk bidang kejuruteraan. Selepas mereka membacanya mereka memuji-muji karya itu, yang pada asalnya ditargetkan kepada kanak-kanak berusia 8 tahun, dengan mengatakan ia sangat menarik dan menyeronokkan sepanjang proses dibaca.

Buku Rabiatul Adawiyah pula saya serahkan kepada 4 orang pembaca, semuanya pemegang ijazah, semuanya melaporkan novel itu sangat indah dan menyentuh perasaan mereka.

Kedua-dua buku itu mempunyai ciri-ciri karya yang bermutu sastera, dan dengan demikian berpotensi menjadi karya evergreen dalam pasaran.

------------------------------------------------

Sumber: Universiti PTS

No comments: