Hari ini genaplah 25 tahun
sahaya ini berkelana
dalam fana dunia
fatamorgana
palsu.
fatamorgana
palsu.
Masih jauh
namun jua terlalu dekat
pelayaran ini masih rahsia
akan natijahnya
syurga
atau neraka.
Hanya Allah punya rahsia
dan kita ada kerja
taklif khalifah
dakwah
amal
amal
bertaubat!
bertaubatlah!
bertaubatlah senantiasa!
Zahiruddin Zabidi
29 November 2010
7 comments:
Selamat iya, semoga bertambah ilmu, iman dan amal soleh =)
Terima kasih sebanyak bintang di langit. Daripada Allah segala kebaikan dan kepada Allah jua segala harapan. Alhamdulillah.
Salam.
Ketika saya berusia 25 tahun dan sekitarnya, saya menjalani kehidupan puncak dalam dunia kepengarangan dan penerbitan.
Seperti seorang penulis, seorang editor harus amat peka dengan persekitaran, dan harus menyiapkan diri dengan segala pengetahuan dan pengalaman berhadapan dengan alam dan manusia.
Seorang editor harus tahu banyak perkara lebih daripada orang lain termasuk penulis, agar dapat bertindak menjadi perantara bijak antara penulis dengan pembaca.
Yang paling penting, seorang editor harus kenal dirinya sendiri, kelemahan dan kekuatannya; dengan itu mengatasi kelemahannya dan menggunakan kekuatannya untuk membantu penulis agar tulisan mereka lebih terkesan di jiwa khalayak.
Selamat melayari perjalanan sebagai seorang editor sejauh yang diizinkan-Nya. Potensi diri, hanya kita sendiri yang mengetahui dan memahaminya.
Wassalam.
Wassalam Tuan Pembaca Buku,
Terima kasih atas perkongsiannya, ini membuatkan saya semakin ingin tahu siapakah tuan sebenarnya. Alangkah indahnya jika ukhwah ini dapat terjalin di alam nyata dan bukannya setakat di sini sahaja.
Terima kasih jua atas nasihat, dorongan dan ingatan di atas. Sungguh jalan yangs saya ambil sekarang masih amat hijau buat diri saya. Dan sungguh saya juga tidak mengharapkan sebarang penganugerahan yang agam-agam dalam dunia ini.
Cuma yang saya mahu adalah 'kebebasan' dan 'kelapangan' serta 'keselesaan' daripada dogma-dogma duniawi apatah lagi jika waktu itu umur saya sudah lewat 40.
Apapun, terima kasih, terima kasih dan terima kasih kepada tuan. teruskan menegur dan mencubit saya andai perlu. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik tuan.
Wallahualam.
Assalamualaikum.Saya doakan saudara sentiasa mendapat taufiq dan hidayah daripada Allah swt dalam meneruskan bidang penulisan yang bernafas Islam.Mata pena lebih tajam dari mata pedang..teruskan menulis dan mengkritik untuk kebaikan umat yang hanyut dengan 1001 kelalaian.Mohon izin meletakkan entri berkaitan 'pendidikan seks dlm blog hamba.JazakAllahu khaira..
Tahniah.semoga murah rezeki dan hidup diberkati.
Jazakumullahhu khair ya ustaz,
Terima kasih atas ucapannya, dan silakan sahaja sebarkan tulisan-tulisan tersebut. Semoga ianya memberi sedikit manfaat kepada ummah. Amin.
Post a Comment