SUSURLAH HARI
Saat dibuai rasa kelam
Datang dengan bayangan silam
Kini ku rasa banyaknya ragam
Manusia alpa petunjuk kalam
Ya Allah ya Rabbi engkaulah tuhan
Hanya padamu layak layanan
BagiNya segala daya kekuatan
Padamu tuan ku panjat harapan
Kitaran alam penuhi noda
Terpalit penuh nista dosa
Iman sejati penyelamat jiwa
Bahagia dunia akhirat jua
Kalam penyuluh jalan kehidupan
Taqwa pelindung segala godaan
Tauhid saksi Allahlah tuhan
Redha sumber kekuatan iman
Rasulullah, engkaulah pujaan
Menjadi dorongan sepanjang zaman
Kecintaan padamu adalah ketentuan
Syafaatmu kelak jadi harapan
Ku cuba selami sunnah kehidupan
Ku hurai satu dalam ribuan
Padamu Allah hambamu simpan
Segala permintaan malah pertolongan
ZAHIRUDDIN ZABIDI
Wangsa Maju, KL.
2 comments:
Salam.
Saya suka 'syair' sdr ini. Tapi barangkali sdr perlu menelaah terjemahan barzanji dari mula sampai akhir untuk mendapat penghayatan yang lebih pada apa yang sdr ingin tuliskan.
Selamat menelaah.
Wassalam.
Wassalam warahmatullah.
Terima kasih kepada Saudara Pembaca Buku atas komentarnya.
Insya-Allah saya akan menuruti saranan tuan.
Jika tulisan ini adalah syair, nah, saya ingin katakan bahawa saat tulisan ini dicipta saya belum tahu apa itu sajak, puisi, pantun, syair, seloka mahupun guru kerana saya adalah seorang yang buta istilah sastera saat itu.
Tulisan ini adalah tulisan-tulisan awal yang saya peram sebelum saya benar-benar terjun ke dalam dunia penulisan sastera.
Justeru, ketika itu saya memang menulis kerana mahu menyatakan dan merakam rasa dari lubuk kalbu.
Alhamdulillah, sekarang saya sedang menghadami syair-syair daripada Hamzah Fansuri mahu Nuruddin ar-Raniri sebagai rujukan dan pengajaran.
Zahiruddin Zabidi
Post a Comment