07 February 2011

Kata pengantar kitab Penawar Bagi Hati (ditulis semula oleh Zahiruddin Zabidi)

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Allah taala Tuhan yang menjadikan jin dan manusia supaya mereka menunaikan ibadah. Allah juga mengetahui apa yang tersembunyi dalam dada dan segala pandangan yang khianat. Allah juga akan bertanya kepada apa yang didengar, dilihat, hati dan anggota lain pada Hari Kiamat.

Selawat dan salam kepada nabi yang dilahirkan dengan membawa rahmat kepada seluruh alam. Nabi pernah berkata yang bermaksud, “Sesungguh Allah tidak melihat kepada rupa kamu, akan tetapi Allah melihat kepada hati kamu dan juga keluarga serta sahabat kamu yang membersihkan hati mereka daripada sifat kecelaan. Mereka menghiasi hati mereka dengan perangai yang baik dan sifat yang terpuji.”

Ini adalah sebuah kitab kecil mengenai Ilmu Tasawuf, saya menghimpunkannya bagi menjadi peringatan diri sendiri dan juga kepada sekalian saudara yang baru belajar. Saya namakan kitab ini Penawar Bagi Hati untuk menerangkan perkara yang wajib dibersihkan daripadanya dan perkara yang perlu dihiasi padanya. Saya tuliskan di dalamnya satu bab pendahuluan dan tiga bab perbahasan.

Saya memohon kepada Allah taala supaya diberikan manfaat daripada kitab ini untuk diri saya sendiri dan semua pembacanya. Semoga Allah juga menjadikan kita semua ikhlas dan hanya mengharapkan keredhaan-Nya. Kerana Allah taala amat berkuasa ke atas setiap sesuatu.

Yang menyusun,

Syeikh Abdul Kadir bin Abdul Mutalib al-Indonesia al-Mandili
Seorang pelajar daripada tanah haram, Makkah.
Makkah al-Mukaramah, tanggal 7 bulan Rejab,
Tahun 1378 hijrah.

Ditulis kembali oleh:

Zahiruddin Zabidi

No comments: