01 February 2011

Antalogi puisi pertama bersama para penyair Nusantara: Meditasi Dampak 70 Kemala

Oleh Zahiruddin Zabidi
zahiruddin_zabidi@yahoo.com.my


Klik gambar bagi imej yang lebik jelas.

Klik gambar bagi imej yang lebih jelas

JUJURNYA saya bukan penyair, pemuisi atau penyajak sekalipun karya saya yang pertama dicetak di akhbar perdana adalah sebuah puisi sebenarnya. Ianya bertajuk Ya dan diterbitkan dalam ruangan Sanggar Kreatif Berita Harian.

Kedua puisi saya di atas saya hantarkan kepada Dato' Kemala apabila terbaca di Facebook beliau menguar-uarkan mahu mengantalogikan sebanyak mungkin puisi dan sajak penulis tanah serumpun Melayu termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Saya mencuba dengan menghantar beberapa puisi saya yang pernah diterbitkan bagi dipilih dan akhirnya  puisi bertajuk Di Hujung Gading dan Dendam Mimbar terpilih, alhamdulillah.

Di Hujung Gading pernah diterbitkan oleh Berita Harian Varsiti dan Dendam Mimbar pula pernah diterbitkan oleh ruangan Sastera Budaya, Harakah.

Apapun ianya adalah satu pengalaman baru, saya sedikit terkilan kerana tidak dapat hadir ke majlis peluncuran naskhah ini dan tidak berpeluang pula membacanya di khalayak sastera yang hadir.

Terima kasih kepada Tuan Hazwan Ariff Hakimi kerana sudi mendapatkan salinannya kepada saya secara eletronik. Dengar khabar juga naskhah ini sedang dijual dengan harga yang sangat berpatutan, apatah pula bersamanya terkumpul puisi dan sajak hampir kesemua penyair mapan Nusantara kecuali diri saya sendiri.

Di sini saya titipkan juga pesanan Dato' Dr Kemala:
ANDA INGIN MEMILIKI BUKU MEDITASI DAMPAK70 (316halaman). SENASKAH RM40.00 termasuk belanja pos. Kirim ke Rekening (no akaun) Ahmad Khamal Abdullah CIMB, branch Pearl Point Kuala Lumpur 1 4 2 8 0 0 0 4 5 2 2 0 5 7. Buku akan segera dipos udarakan selepas kirim bukti yang bayarannya sudah dilakukan. Alamat saya: 321, Jalan Sepakat 8, Taman United, 58200 Kuala Lumpur, Malaysia. hp +6012-2029130. Terima kasih. Rujukan: http://www.facebook.com/
_______________________________________________________________

Nota: Saya sendiri belum berpeluang memiliki, mencium dan membacanya. Sungguh kecanduan....

2 comments:

Ampuan Awang said...

Salam,

termasuk jugaklah saya

Zahiruddin Zabidi said...

Wassalam,

Alhamdulillah atas peluang yang diberikan.

Tapi saya belum dapatkan naskhahnya.