Oleh Zahiruddin Zabidi
ALHAMDULILLAH, tahun 2010 melihatkan bagaimana impian saya menjadi seorang penulis dan editor menjadi kenyataan. Pada tahun sudah dua buah karya tukangan saya berjaya dipasarkan dan alhamdulillah juga kedua mendapat sambutan yang agak baik dari kalangan pembaca.
Bagi tahun 2011, sudah ada dua judul; Kembara Putera Berlima: Mencari Pohon Emas (PTS One) dan Nian Hati Salsabila (PTS Litera Utama) akan menjadi mukadimah. Insya-Allah saya mensasarkan enam buah karya akan terbit pada tahun ini.
Satu senarai panjang juga sudah dikelaurkan oleh pihak jabatan jualan PTS bagi menunjukkan 50 judul terlaris sepanjang tahun. Alhamdulillah novel RA di tangga yang ke-8 manakala Aminah di tangga ke-44.
Bukanlah angka itu yang menjadi ukuran, namun saya mampu tersenyum memikirkan buku-buku dan tulisan yang tercatat pada lembaran kertas itu dibaca oleh sesiapa sahaja. Saya puas memikirkan bahawa mereka seronok membacanya malah andai dengan takdir Allah mereka mendapat apa yang selama ini mereka dambakan.
Semoga Allah sudi memperkenankan sasaran saya ini, amin ya Rabbal alamin.
Judul 50 jualan novel dewasa terlaris:
Judul 50 jualan novel dewasa terlaris:
2 comments:
SS masih ada dalam ranking?
:-)
Semestinya... tengoklah siapa pengarangnya kan? Kalaulah si pengarang ada judul baru tahun ini dan judul tersebut dikatan adalah sambungan daripada naskhah yang terdahulu... insya-Allah akan... hmmm, (sambung sendirilah!)....
Post a Comment