Oleh Zahiruddin Zabidi
zahiruddin_zabidi@yahoo.com.my
PADA 6 November 2010 lalu, pihak pengurusan Masjid Usamah bin Zaid berbesar hati mengadakan sebuah majlis perpisahan saya di samping meraikan pengganti saya di masjid tersebut. Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Pengerusi Masjid Usamah Bin Zaid, Ustaz Ahmad Fishal bin Mohamed.
Terima kasih kepada semua rakan seperjuangan, khususnya kekanda saya Ustaz Murshidi, Ustaz Khuzairi, Ustaz Mohamad, Ustaz Nashol, Ustaz Reimi, Ustaz Termizi, Abang Nor, Abang Yusuf dan isteri-isteri kalian semua yang terlibat dengan saya dan tidak lekang daripada fiil saya sepanjang dua tahun berkhidmat di sana.
Sungguh, banyak kenangan manis yang tercatat di sini sana sepanjang tempoh tersebut. Pada setiap ruang masjid itu bagaikan tertulis segala suka duka saya bersama mereka semua. Saya menamatkan zaman bujang juga sewaktu bertugas di sana.
Karya saya sama ada novel, cerpen mahupun sajak juga kebanyakannya ditulis di sana. Ruang tatkala menunggu waktu sembahyang masuk. Ruang di antara Maghrib dan Isyak itulah yang digunakan bagi menukang karya-karya yang saya ada pada hari ini. Malah kebanyakan masa tersebut juga digunakan bagi membaca.
Masakan saya tidak hiba mengenangkan saya bukan lagi salah seorang penkhidmat di sana, doakanlah sahabat semoga saya tetap menjadi ar-rijal qalbuhu muallakun fil masajid dan bukan sebaliknya.
Di masjid saya mula bertatih berceramah dan dalam masa yang sama menyambung pengajian Usuluddin di Universiti Malaya. Peluang yang diberikan oleh merekalah yang membina keyakinan diri samada sebagai penceramah mahupun penulis pada hari ini.
Akhir kata, sekali terjalin ukhwah selamanya kita adalah ikhwan.
Nota: Bagi melihat gambar-gambar serta laporan majlis tersebut bolehlah layari blog rasmi masjid di sini http://masjidusamahbinzaid.blogspot.com/
2 comments:
Adinda Zahiruddin,
Perpisahan itu bukanlah penamat dunia, tetapi permulaan kepada kehidupan yang lebih getir.
Kanda Ustaz Azman.
Insya-Allah, kalam nasihatmu ku semat dalam sanubari sentiasa.
Dan amat diakui, liku-likunya makin mencabar lewat hari-hari selepasnya.
Ada rindu, resah, rawan, galau dan walang. Semoga Allah menenangkan dan dinatijahkan diri kita dalam kalangan mereka yang soleh di dunia dan akhirat.
Wa-Allahualam.
Post a Comment