31 March 2009

Kronologi Perpindahan : JPPH ke JAWI

30 haribulan Mac 2009,Isnin. Insya-Allah tidak akan luput dari memori insan yang penuh pengharapan bersalut usaha ini. Keranan dia sedar syariatullah perlu selari dengan sunnatullah. Pada hari itu, kurang lebih pukul 3 petang saya akhirnya menjejakkan kaki di masjid Usamah bin Zaid sebagai pegawai pentadbiran yang bertugas di situ, alhamdulillah.

Kegembiraan yang tidak terungkap dengan kata-kata lidah, hanya senyuman dan kuntuman syukur pada Rabbi sahaja yang mampu diekpreskan pada diri ini. Bayangkan usaha 3 bulan ini akhirnya membuahkan hasil, malah Allah makbulkan tanpa syarat sekalipun. Sedikit ujian itu hanya perkara biasa, bersabitan dengan sunnatullah. Yang walaupun usaha kita dirasakan menepati syariatullah namun sunnatullah jua akhirnya yang akan memutuskan samaada ianya berjaya atau tidak.

Semoga kehidupan baru di masjid yang bermula esok dan hari seterusnya terus menerus dilimpahkan ruahkan rahmat dan berkat oleh Allah. Tujuan saya bekerja di masjid mudah sahaja, mahu pastikan setiap kerja yang saya buat bersangkutan secara langsung dengan urusan agama Allah. Saya juga akan berusaha membuah dan mempraktikkan ide-ide yang melangkaui pemikiran ortodoks para senior dalam pengurusan masjid, menyebabkan fungsi masjid jadi beku,kelu dan kaku. Bagilah kami peluang sebagai orang muda yang mahu memanipulasi segala elemen keduniaan untuk mencapai tujuan yang haq di akhirat insya-Allah.

Insya-Allah saya akan menggunakan ruang dan luang yang diberikan dengan semaksimum mungkin insya-Allah.

Disember 2008

Mengdraf dan menghantar surat ke ibu pejabat di Putrajaya melalui kelulusan Pengarah Jabatan WP, Ketua Jabatan (Penilai Daerah) dan Ketua Unit (pentadbiran) dengan syarat ada pengganti.

Januari 2009

Mendapat surat balas kebenaran dari ibu pejabat JPPH Putrajaya di panjangkan ke Kementerian Kewangan. Pihak Kementerian Kewangan (MoF) akan memanjangkan surat tersebut ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Febuari 2009

Surat dari MoF sampai menyatakan mereka tiada halangan untuk melepaskan saya tapi juga bersyarat dengan adanya pengganti. Mereka telah menghantar surat ke JPA untuk tindakan lanjut.

Beberapa panggilan dibuat ke JAWI dan JPA serta MoF. Menerangkan maksud saya untuk bekerja di masjid.

Ada juga saya ke JPA sendiri untuk berjumpa pegawai yang bertanggungjawab.

Mac 2009

Surat arahan perpindahan telah sampai dan saya perlu melaporkan diri pada 24 Mac di JPM. Setelah 2 hari di sana, surat arahan perpindahan dikeluarkan untuk saya ke JAWI. JAWI akan keluarkan surat penempatan kemudiannya.

Alhamdulillah semalam bersamaan dengan 30 Mac 2009 saya lebih kurang pukul 3 petang saya menjejakkan kaki ke Masjid Usamah bin Zaid sebagai salah seorang staf di sini.

Maha syukur padaMu ya Allah.

Az-Zahir

No comments: