25 March 2009

Catatan Hari Minggu



Ukhwah di Hari Minggu

Khamis : Saya menerima SMS dari Ustaz Hisham meminta saya menyampaikan ceramah di kolej ke-17 UPM bersempena majlis Maulidur-Rasul. Ceramah bertajuk : Penghinaan terhadap Rasulullah SAW.

Jumaat : Mengikut jadual saya bertugas untuk solat Jumaat bergandingan dengan Pak Mat (Ustaz Haji Muhammad), alhamdulillah segalanya lancar walaupun 2 orang kuat masjid bercuti. Kelengkapan khutbah multimedia dapat disediakan akhirnya dengan bantuan Imam dari masjid Abu Ubaidah al-Jarrah yang kebetulan datang berjumpa dengan Ustaz Fishal.

Petangnya saya ke Serdang dengan komuter, Ustaz Hisham mengambil saya di stesen komuter Serdang.Kami ke kolej ke-17 yang berdekatan hospital Serdang setelah hampir masuk waktu Isyak, ceramah bermula selepas waktu Isyak. Alhamdulillah sambutan dan penerimaan daripada adik-adik menggalakkan dan semoga apa yang saya sampaikan bermanfaat untuk diri saya dan mereka juga insya-Allah.

Selesai ceramah, sedikit jamuan disediakan dan saya juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas cenderahati dari pihak kolej. Cenderahati disampaikan oleh Ustaz Zuhairi selaku ‘Fellow’ kolej tersebut.

Kami kemudiannya terus dari kolej 17 ke stesen komuter Serdang, setelah parkir kereta di situ kami sama-sama naik komuter ke KL Sentral, Ustaz Hisham akan ke masjid Usamah bin Zaid dan bermalam di sana bersama saya. Dia kesorangan kerana isterinya cuti bersalin anak sulung mereka. Hafizatul Husna nama diberi, saya tumpang syukur dan gembira di atas rezeki Allah pada sahabat seperjuangan saya ini.

Dari KL Sentral kami membonceng motorsikal saya balik ke masjid Usamah bin Zaid. Sekejap sahaja sempat kami bualkan kerana masing-masing kepenatan, namun perbincangn ilmu tetap meniti di bibir kami, Ustaz Hisham membawa kitab fiqah wanita dan sambil kami berbaring untuk tidur sempat juga kami bahaskan dua tiga perkara tentang masaalaha feqah, tambahan pula nanti saya kena menjawab beberapa persoalan dari pelajar-pelajar kolej 13 pada sesi kuliah Maghrib minggu depan.

Sabtu : Saya bertugas Subuh itu, selesai solat dan tadabbur al-Quran saya dan Ustaz Hisham segera ke warung di depan Jaya Jusco Wangsa Maju untuk mengalas perut masing-masing. Selesai kami pulang ke bilik dan Ustaz Hisham sekali lagi menyambut seruan toto saya, dia syahid dulu. Saya memnyusul kemudiannya kerana tidak tahan melihat sahabat saya itu bergelimpangan dengan tenangnya.

Hampir pukul 11 pagi kami berdua bangun dan menuju ke CareFour Wangsa Maju untuk ke kedai buku Sarjana Media membeli beberapa buku di situ. Alhamdulillah sedikit cenderahati dari pihak kolej semalam mahu saya manfaatkan dengan membeli buku-buku untuk menambahkan ilmu yang semakin berkurangan ini. Saya juga ingin mencarikan buku asas al-Quran yang paling sesuai untuk dikongsi dengan saudara baru yang akan berkunjung untuk mendapat sedikit perkongsian daripada saya, dia ialah rakan kerja tunang saya yang baru memeluk Islam awal bulan ini. Tahniah kepadanya keran telah rasmi menjadi MUSLIM dan bukannya MELAYU. Nama Islamnya ialah Muhammad Jonathan bin Abdullah.

Selepas solat Zohor berjemaah dan laungan azan waktu Zohor itu saya minta Ustaz Hisham tunaikan, menjadi kesukaan kami apabila saya ke masjid UPM maka saya akan diminya azan dan sebaliknya, akhirnya saya berjaya membalas dendam. Saya menghantar Ustaz Hisham ke stesen Putra Wangsa Maju, berat saya melepaskan sahabat saya itu pergi, sekejap benar rasanya. Namun dia punya komitmen lain, dia perlu ke hutan buatan milik UPM untuk mengimamkan solat hajat sempena pembukaan taman itu, saya faham.

Saya balik ke bilik dab berehat sambil mencapai buku “AKU TERIMA NIKAHNYA” Tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil atau Abu Saif yang sangat utuh namanya sebagai pendakwah siber melalui laman www.saifulislam.com. Mungkinkah blog saya akan sehebat beliau kelak….insya-Allah, namun pengisian ilmu dan pengetahuan serta fakta yang tepat di samping pandangan dan ulasan kritis akan merintis pemikiran ummah yang lebih berjiwa besar dalam menilai dan berfikir tetapi dalam masa yang sama semakin taqwa pada Allah sangat perlu. Itulah cabarannya.

Waktu Asar saya bertugas seperti biasa, selepas selesai saya menyambung membaca buku tersebut. Saya iktikad mahu menghabiskan sekurang-kurang sebiji buku seminggu yang mana sebelum ini saya mampu habiskan palin kurang 3 buku seminggu. Namun kerana kesibukan kini dan tumpuan saya juga banyak teralih kepada penggunaan dan pembacaan melalui sesawang maya, maka saya mula kurang membaca buku, saya sedikit kecewa.

Kurang lebih pukul 530, akh Imran sampai dari UIAM. Saya juga ada pertemuan dengan dia berkenaan dengan gerakan kami, seorang lagi yang dijadualkan bersama kami ialah akh Izat dari UniKL. Setelah seketika bersama akh Imran, saudara baru akh Muhammad pula muncul dan saya memperkenalkan mereka dan ‘bilik suiz’ saya menjadi saksi ukhwah ini. Saya kemudian tanpa lengah memulakan perkongsian dengan Muhammad mengenai asas-asas akidah Islam dan beberapa pengajian asas lain. Sebelumnya saya telah menghadiahkan dia sebuah buku berjudul “ASAS-ASAS FARDHU-AIN”.

Sedikit masa sebelum Maghrib saya meminta akh Imran supaya mengajarkan akh Muhammad cara mengambil wuduk. Saya terpaksa naik awal sedikit kerana perlu membuat persediaan sebelum azan. Selesai solat kami masuk kembali ke dalam bilik saya dan saya memberikan buku asas al-Quran dan mengajar akh Muhammad huruf-huruf Hija’iyyah satu persatu dengan menulis dalam bahasa Melayu bagi memudahkan akh Muhammad kelak.

Masuk Isyak kami ke atas menuju dewan solat utama, saya mendahului untuk menjalankan tugas. Setelah selesai solat akh Imran menerima SMS dari akh Izat yang mengatakan dia telah sampai di stesen Putra Wangsa Maju. Kami ke stesen tersebut dengan kereta akh Muhammad, kami bercadang untuk makan bersama kemudiannya.

Kedai panel masjid, Restoren Nasi Kandar Sameera yang terletak di hadapan masjid Usamah bin Zaid menjadi pilihan. Setelah hampir sejam lebih bersuai rasa mesra, ternyata ukhwah itu indah kalau pada urutan jalan Allah. Kami berbicara, berbincang, berkongsi rasa, mendengar perkongsian dari akh Muhammad dan bab MU kalah 4-1 kepada Liverpool minggu lepas pun tidak terlepas diumpat kami.

Hampir pukul 11 malam akh Muhammad pulang dahulu walaupun saya meminta dia tidur sahaja bersama kami. Katanya mahu bermain futsal bersama dengan kawan-kawan wadnya. Kami kemudiannya balik ke bilik saya.

Ahad : Usrah bermula apabila jam sudah menunjukkan lebih pukul 12 tengah malam. Banyak yang kami bincangkan dan akhirnya ditutup dengan tayangan “THE ARRIVAL” klip video tentang pembongkaran misionari Yahudi memlalui label baru fahaman Zionis. Panjang untuk diulas kerana saya juga belum habis menontonnya. Apapun yang jelas agenda mereka untuk menguasai minda manusia di muka bumi dengan mengusai elemen yang paling penting dabn jelas mereka telah mengusai dunia melalui 1. Media 2. Ekonomi. Insya-Allah kelak ada penulisan untuk perkongsian klip video tersebut.

Saya tidur awal sambil membiarkan mereka meneruskan agenda tersebut, tak larat.

Subuh tiba dan kami hanya sedar kurang lebih 15 minit sebelum waktu solat Subuh, ingatkan mahu sama-sama mencari cebisan ihsan Allah secara berjemaah namun hampa kerana agak lewat bangun dan yang paling lewat ialah saya sendiri. Selesai solat Subuh berjemaah kami disajikan dengan kuliah Subuh oleh Ustaz Rohaili dari masjid Solahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati. Alhamdulillah, pengisian tang sungguh bersahaja dan bermakna. Semoga kami bertiga dan semua jamaah yang hadir dikurniakan berkat salah satu dari taman-taman syurga.

Akh Izat pulang sejurus kami selesai menyantap di warung depan Jaya Jusco. Roti canai pembuka selera dan kemudiannya kami menghantar akh Izat ke stesen Putra LRT. Saya dan akh Imran balik ke bilik dan rehat. Akh Imran melelapkan mata sekejap sebelum ke Sri Gombak bertemu janji pula dengan Ustaz yang bakal menganggotai ‘Team Famili” iLuvislam nanti.

Saya ke UM, mengikuti kelas Usuluddin. Habis kelas, pulang saya ke masjid kerana Maghrib dan Isyak saya bertugas. Di antara masa luang yang ada saya cuba menghabiskan buku sulung karangan Abu Saif, alhamdulillah berjaya.

Saya beriktikad, paling kurang saya perlu menghabiskan sebiji buku dalam seminggu. Insya-Allah.

Az-Zahir

No comments: