27 June 2010

Kenapa Saya Menulis Novel Sejarah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semoga Allah sentiasa merahamati tuan puan sekalian, diharap juga dalam keadaan yang berbahagia sentiasa, amin.

Alhamdulillah, selepas hampir sebulan menunggu kini naskah novel ini sudah dipamerkan hampir di kedai-kedai buku utama dan indie seluruh negara termasuk MPH dan Popular, alhamdulillah.

Pernah beberapa kali sebelum ini saya berbicara berkenaan bagaimana akhirnya saya menjadi penulis. Awal tahun ini saya tulis sebuah esei yang agak panjang berkenaannya. Mohon rujuk di sini 'Ceritera Seputar Terhasilnya Novel Sejarah Srikandi yang pertama'.

Kali ini saya akan bercakap secara jujur mengapa genre sejarah menjadi lapangan perjuangan penulisan saya.

Antara sebabnya adalah:

1. Saya suka sejarah, saya punyai pandangan tersendiri terhadap sejarah.

2. Sejarah adalah fakta yang masih boleh dipertikaikan.

3. Seseorang akan lebih berkredibiliti apabila mahir dalam sejarah.

4. Buku-buku berkaitan sejarah adalah evergreen.

5. Nilai sebuah karya sejarah adalah lebih tinggi.

6. Pasaran novel sejarah yang masih luas.

7. Novel sejarah terbuka luas kepada kritikan dan penilaian pembaca.

8. Rujukan dan laporan sejarah banyak dan mudah didapati, namun perlu berhati-hati dalam memilihnya.

9. Sudah terbukti bahan-bahan sejarah, jika disampaikan dalam bentuk yang lebbih kreatif akan mendapat tempat dalam kalangan pembaca di Malaysia.

10. Termotivasi dengan pencapaian http://abdullatip.blogspot.com/, novelis sejarah nombor satu Malaysia.

Ini adalah ringkasannya, pendetilannya insya-Allah akan menyusul. Kepada tuan puan yang berminat mahu menulis novel sejarah, boleh sahaja berbincang dan bertukar fikiran dengan saya, insya-Allah saya amat mengalu-alukannya.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Salam kalam dari saya,

Zahiruddin Zabidi
http://kalamkhalifah.blogspot.com/

(Nota: Bagi sesiapa yang mahu mendapatkan novel RA terus daripada saya, boleh sahaja melalui emel zahiruddin_zabidi@yahoo.com.my, terima kasih.)

2 comments:

Anonymous said...

Salam saudara zahiruddin. Saya baru tamat membaca buku RA. Pendapat saya saudara menulis buku ini dengan bahasa yg terlalu santai. Sehingga kehebatan Rabiatul Adawaiyah tidak sampai ke lubuk hati saya yang paling dalam.

Zahiruddin Zabidi said...

Wassalam, terima kasih atas keprihatinan tuan/ puan Anonymous.

Terima kasih juga kerana sudi membeli dan membaca tulisan saya.

Saya akui mutu penulisan dan editing buku tersebut ada kekurangannya, insya-Allah akan diperbaiki pada cetakan seterusnya.

Berkenaan dengan bahasa, apabila saya mula menulis. Saya dinasihatkan oleh guru saya agar menulis untuk khalayak yang luas.

Bukan sahaja kepada peminat sastera berat (termasuk anda mungkin) namun juga kepada anak-anak di bangku sekolah rendah, menengah, universiti, dalam dan luar bandar, golongan profesional mahupun tidak, ibu bapa dan juga anak-anak.

Namun teguran tuan/ puan akan saya anggap sebagai kata-kata motivasi bagi saya memantapkan lagi gaya penulisan di masa hadapan.

Terima kasih, wassalam.