11 June 2010

Wara-wara Novel Sejarah Srikandi Islam Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi

Alhamdulillah, sudah hampir sebulan Novel Sejarah Srikandi Islam Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi masuk ke dalam stor PTS. Walaupun masih belum dipamerkan di kedai-kedai buku besar seperti MPH, Popular dan sebagainya, namun sudah ada beberapa kedai indie yang datang sendiri mengambil stok buku di PTS mempamerkannya di kedai masing-masing terutamanya sekitar kawasan Shah Alam dan Bangi.

Saya sendiri berulang kali ke Popular cawangan Wangsa Walk dan MPH Alpha Angle namun tiada. Minggu sudah saya ke Popular Alamanda Putrajaya, juga tiada. Ada juga sahabat-sahabat dalam Facebook mengirimkan emel dan mesej bertanyakan hal yang sama. Saya menjelaskan kepada mereka bahawa proses pengedaran sememangnya sedikit mengambil masa, walaupun buku sudah sedia dijual.

Lalu bagaimana?

Begini caranya, saya menyanggupi bagi menolong mereka atau anda yang mahu memiliki naskah RA. Apa salahnya saya berkorban sedikit bagi membantu mereka mendapatkan RA. Caranya ialah saya akan tolong belikan dan poskan kepada mereka. Mereka hanya perlu e-mel ke zahiruddin_zabidi@yahoo.com.my atau hantarkan mesej ke kotak mesej Facebook saya di alamat http://www.facebook.com/ahmadzahiruddin, jika mahu lebih mudah boleh sahaja terus menelefon atau sms ke 013-9698869. Sesudah bayaran kos dijelaskan, saya akan hantar menggunakan Pos Ekspress dengan segera.
Bagaimana dengan diskaun? Ya, tidak dinafikan diskaun juga amat penting, walaupun kadang-kadang bukan banyak pun. Saya wujudkan suasana menang-menang di sini. Tuan puan akan mendapat maklumatnya apabila menghubungi saya nanti.

Namun saya ingatkan, saya bukan penjual buku. Saya adalah penulis dan editor di PTS. Saya cuma menolong tuan puan menguruskan pembelian buku RA. Kelebihannya hanya satu, insya-Allah saya turunkan tandatangan dan sedikit kata-kata pada setiap naskah yang saya hantar sendiri sebagai penulis RA.

Apapun, yang paling penting adalah apa yang mahu disampaikan melalui penulisan berkenaan seorang manusia alim lagi abid dan beliau hanya seorang wanita kepada pembaca.

Seorang sahabat, saudara Irfan Jani menulis pada status Facebooknya, beliau berkata, "Jika ada sahabat wanita ingin berbicara tentang cinta, maka aku katakan kepada mereka. 'Carilah Rabiatul Adawiyah, nescaya kamu akan mengerti apa itu cinta.'".
________________________________________

Zahiruddin Zabidi

No comments: