24 May 2010

Surat pertama: Respon Terhadap Novel Sejarah Srikandi Islam Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi

Assalamualaikum saudara Zahiruddin,

Saya telah membeli dan membaca hasil penulisan saudara pagi tadi di Pasar Tani Stadium Shah Alam. Penceritaannya menarik dan banyak pengajaran dan ilmu yang saya perolehi.... Terima kasih....

Cuma jika dapat saya boleh memberi komen yang membina untuk memantapkan lagi hasil yang sudah cantik....

Adalah lebih molek jika typo (typing error) boleh dikurang (kalau bole zero typo) untuk melancarkan pembacaan dan penyampaian. Pembacaan saya terganggu kiranya kesilapan menaip itu terlalu banyak (rasanya lebih dari 10). Tambahan pula nama ulama di salah taip (cth m.s 209).

Semoga komen saya ini dapat membantu meningkatkan kualiti penulisan saudara. Setiap insan tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jadi belajarlah dari kesilapan tersebut.

Apapun saya ucapkan tahniah di atas buah tangan ini dan semoga terus berjaya dan berkarya di masa akan datang.

Wasalam.

Ikhlas,

Azizah

6 comments:

mardihah adam said...

Salam.

Pertama sekali tahniah saya ucapkan. pasti kegembiraan itu seperti menanti
kelahiran bayi yang pertama.
Izinkan saya layarkan kata hati saya juga di sini. Semoga ia bermanfaat untuk semua malahan
team PTS sendiri. Keyakinan saya kepada PTS bermula selepas saya mencuba menghantar
manuskrip pertama dan kemudian berjaya diterbitkan meski mengambil masa yang lama
kerana beberapa masalah teknikal pertukaran editor dalaman. Saya memahami, lantas menunggu dan menunggu.

Perkiraan saya mudah. Buku saya juga ada beberapa kesilapan typing error. Namun ia bukan pematah semangat saya
untuk menghantar lagi manuskrip saya ke PTS. Mungkin kesilapan pertama akan diubah untuk lagi untuk manuskrip seterusnya.
Jangan putus asa. Walau pertama kali menyemak naskah sendiri, ia amat membuatkan saya terkilan, namun saya sedar
editor juga manusia biasa yang tidak salah dari melakukan kesilapan. Editor sudah bertungkus lumus
membuat tugasan mereka. Namun, saya rasa semestinya ada bedah siasat kepada beberapa kesalahan yang saya anggap
mudah dan tidak terjangka. PTS harus segera menyelesaikan masalah ini agar tidak berulang kembali. Malahan, ketika
membelek beberapa naskah novel PTS, ada juga beberapa kesalahan yang saya nampak. Ia buku penulis terkenal juga!

Selamat meneruskan perjuangan. Selamat menulis Tuan!

Ibnu Ahmad al-Kurauwi said...

Tuan Zahiruddin,
Saya sudi menjadi pembaca prufnya untuk karya-karya yang akan datang.

Zahiruddin Zabidi said...

Wassalam, terima kasih atas respon sahabat perjuangan berdua. Insya-Allah kata-kata ini akan saya ambil iktibarnya untuk diri sendiri dan cuba berkongsi bersama rakan editor lainnya.

Saat menulis dan menghantar karya ini, saya bukanlah seorang editor. Kini baru saya tahu beban tanggungjawab yang tergalas sebagai seorang editor.


Kepada Puan Mardhihah Adam, janganlah serik dengan kami (sebab sekarang saya dengan PTS). Kepada Ustaz Azman, jika sudi ana akan cadangkan ustaz sebagai editor freelancer.

Insya-Allah, ila liqa'.

Mardihah said...

Tuan,

Saya tidak serik. Bahkan ia pelajaran untuk saya.

Terima kasih untuk respon

Zahiruddin Zabidi said...

Terima kasih puan,

Saya menantikan proposal seterusnya manuskrip daripada puan dalam masa terdekat insya-Allah.

(",)

Mardihah said...

Tuan,

Maaf menggangu di laman blog tuan.
Mengenai proposal, saya tidak diberitahu, tetapi tertanya-tanya(nampak juga dilaman fb).
Adakah proposal untuk Timtauhid yakni cadangan manuskrip seterusnya?.Seingat saya, saya mendaftar untuk menyertai TimTauhid.

Terima kasih.