15 April 2009

Masalah : Satu Penilaian

Pagi tadi saya menaiki Putra LRT untuk ke JAWI kerana hujan yang tersangat lebat dan hari ini merupakan hari terakhir saya di sini. Esok, Alhamdulillah secara rasminya saya akan bertugas di Masjid Usamah bin Zaid. Surat hitam putih sudahpun keluar.

Petang ini pula saya akan ke UPM Serdang untuk sesi terakhir kuliah Maghrib di kolej ke 13. Hampir 3 bulan lebih sesi wacana dan perkongsian dengan adik-adik di sana, bukan sahaja mereka yang mendengar insya-Allah mendapat manfaat namun saya yang menyampaikan lebih lagi Alhamdulillah menerima manfaatnya.

Tiada perbincangan khusus saya bawakan kepada adik-adik di sana. Ini kerana terkesan dengan kuliah dari mentor dakwah saya, Ustaz Hasrizal@Abu saif yang meleletakkan seorang Da’ie itu salah jika hanya memberitahu mad’u mereka apa yang dia tahu, namun yang sepatutnya adalah mereka memberitahu apa yang mad’u sekalian perlu.

Contoh mudahnya ialah, kalau yang mendengar ceramah kita itu ialah golongan pelajar IPT dalam lingkungan 18 – 20, maka seharusnya pengisian terhadap mereka itu perlu lebih kepada memahamkan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar. Dalam konteks seorang hamba kepada tuhannya, seorang umat kepada Rasulnya, seorang anak kepada ibu bapanya. Jangan pula diceritakan secara ditir akan hal kelebihan berumahtangga, poligami dan lain-lain hal yang menyimpang jauh dari kapasiti nyata seorang pelajar.

Bagaimana pula seorang anak gadis Melayu yang hanya belasan tahun sanggup lari meninggalkan ibu bapanya ke seberang dengan hanya bermodalkan ayat-ayat manis cinta dalam SMS sahaja. Ianya perlu dikaji puncanya. Silapnya di mana?

Anologinya, sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke Jeddah dari KLIA. Dengan takdir Allah sedikit kesilapan berlaku semasa penetapan bearing longitud dan katitud dan menyebabkan laluan kapal terbang tersebut lari dari laluan asal sebanyak hanya 5 darjah sahaja. Namun apa natijah akhirnya? Pesawat berkenaan tidak akan sampai ke destinasinya, kesilapan awal yang hanya 5 darjah itu semakin lama semakin jauh dan akhirnya pesawat itu terkeluar dari bearing asalnya sejauh 50 000 darjah. Natijahnya, pesawat berkenaan tidak sampai di destinasinya malah mungkin akan terlibat dengan kecelakaan ruang udara yang akan mengorbankan seluruh isi pesawat itu.

Berbalik kepada anak gadis Melayu tadi, yang bukan hanya seorang sahaja yang telah dilarikan malah ramai lagi yang akan mengulangi kejadian itu.

Setelah diperhatikan, kajian mendapati ini adalah kerana kekosongan jiwa anak-anak gadis ini dari perhatian bahkan kasih sayang dari orang tua mereka sendiri pada peringkat awalnya, diikuti juga kerana kekurangan pengisian agama dalam jiwa masing-masing antara kedua belah pihak.

Dek kerana kurangnya perhatian inilah yang diterjemahkan sebagai kasih sayang itu maka ana-anak gadis ini sentiasa tercari-cari. Akhirnya muncul sang Arjuna yang sanggup mengisi kekosongan itu walau hanya dengan kata-kata manis dan SMS sahaja mereka sanggup membelakangkan ibu bapa mereka sendiri. Anak-anak rasa terhibur dan asyik.

Apabila berhadapan dengan masalah. Yang perlu kita ingat ialah masalah tersebut bukanlah masalah, ini kerana masalah adalah salah satu rutin kehidupan, mustahi untuk dielakkan apabila kita ini adalah manusia. Namun berfikirlah untuk menyelesaikan masalah dan bukannya asyik membincangkan masalah itu yang akhirnya, masalah yang kecil pun menjadi sebesar-besar masalah.

Pernah kita menghadiri mesyuarat untuk membincangkan hal-hal berbangkit . Namun kesilapan sering berlaku apabila perbincangan masalah yang berbangkit itu sahaja hampir memakan ¾ dari jangka masa mesyuarat tersebut yang sepatutnya mesyuarat tersebut adalah untuk berfikir bagaimana ingin menyelesaikan masalah.

Alhamdulillah dengan pengisian yang sedemikianlah saya cuba sampaikan pada adik-adik di kolej ke 13 UPM, dengan harapan terlahirnya generasi yang berjiwa besar sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah :


حدثنا ‏ ‏زهير بن حرب ‏ ‏وابن نمير ‏ ‏قالا حدثنا ‏ ‏سفيان بن عيينة ‏ ‏عن ‏ ‏أبي الزناد ‏ ‏عن ‏ ‏الأعرج ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏قال ‏
‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ليس الغنى عن كثرة ‏ ‏العرض ‏ ‏ولكن الغنى غنى النفس ‏


Dari Abu Hurairah katanya :

Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Kekayaan itu bukanlah kerana mempunyai banyak harta tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa.

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 1741

Ayuh berfikir untuk menyelesaikan masalah kerana masalah telah wujud dan akan terus wujud!

Az-Zahir

2 comments:

al_faruq said...

salam..masalah sentiasa datang wpun diundang atau tidak..seseorang yang merasakan dirinya tiada masalah sebenarnya itulah masalahnya..masalah kalau di tune kan menjadi positif akan membuahkan pengalaman yang cukup berharga..betul apa ust cakap..pelajar perlu diisi kekosongan hidupnya dengan apa yang diperlukan bukan dengan apa yang orang lain punyai..semoga ust berjaya mendidik anak2 bangsa meniti kehidupan mereka dengan penuh bermakna dan pastinya kejayaan tersebut akan menjadi sesuatu yang bermakna utk ust...harap ust tak celaru lagi..saje tulis pusing2 sikit..heheheh..mabruk ya ust zahir..

GS21950 said...

Salam warahmatullah...
Terima kasih atas pengisian yg ustaz kuliyah maghrib di K13 selama ni..
Alhamdulillah, dah hampir 4 tahun ana ikut kuliyah maghrib di surau K13 UPM.. Untuk pengetahuan ustaz, dulu masa 1st2 ikut kuliyah maghrib, ana lah yg paling banyak songe mengomplen ustaz kuliyah n paling slalu mengomplen adik2 imam2 solat fardhu kat surau tu sampailh skrg.. Kkdg mmg sgt susah utk nasihat scra bhikmah n slalu rasenye ana nasihat scra melampau bkn ikhlas dari hati ana sbb tu seolah2 mcm xde perubahan. Sbnrnye niat ana nk betulkan diri ana jgk n ana pun khuatir dpersoal kt akhirat. Ana pun malu pd diri sndiri bl stiapkali komplen org lain pdhl diri ana sndri pun blum mampu lakukan sprti mreka. wallahua'lam...

Bg ana bab solat teramat penting n perkara pertama yg akn dihisab, sebab tu ana lebih suka ustaz2 kuliyah maghrib dulu supaya lbh tekankan bab ibadah fardhu ni. Kkdg kita slalu ingat org lain sprti kita tp hakikatnya tidak wlwpn sbnrnye hnye yg basic...

Ana pun sgt celaru, ana tak tahu apa yg adik2 n sahabat2 perlukan dari ana utk same2 memanfaatkan diri masing2.. Serius ana mmg jenis jrg bergaul. Bila komplen sokmo tntg adik2 imam solat kt surau ni, diorang pun naik menyampah n tanpa disedari ana pun sgt mnyampah nk tegur bl berlaku kesilapan. mgkn btul kate ustaz, xperlu kongsi ape yg kita tahu tapi kongsi ape yg mereka perlukan.. tapi ana xpasti apa yg diperlu, n yg mencelarukan ana, adakah tidak perlu solat dgn sempurna ikut contoh Rasulullah saw bila berjawatan sbg pelajar or sibuk? Skrg ni ana jd amat perasan n sensitif dgn stiap ape yg imam bace... Langsung xblh tumpu dlm solat bl solat jmaah dgn adk2 L ni, patutkah ana 'angkat kaki' dr bjamaah kat surau tu spya org lain n diri ana jd lbh baik?

Ana jg celaru tntg hakikat azan bl stiapkali ade kuliyah maghrib kt surau, blhkh ustaz jelaskan kenapa di masjid2 (yg pernah ana hadir) kuliyah maghrib akan berhenti seketika untuk melaungkan azan isyak n menyambung kembali kuliyah selepas azan n solat isyak akan dilakukan after selesai kuliyah maghrib?

Hmm, wallahua'lam... Ni mcm dah naik songe lg (hobi ana menaip n bercerita scra intravert), maaf..