Setiap karyawan PTS melalui rumah sukan masing-masing diamanahkan menyampaikan sejumlah buku dan wang ringgit kepada mereka yang difikirkan perlu. Kebanyakan rumah sukan memilih bagi menginfakkan buku-buku serta sedikit makanan kepada rumah anaka yatim.
Kumpulan kami melakukan sedikit kelainan dengan mendermakan buku-buku serta menambah lagi jumlah buku dengan menggunakan wang yang diberikan. Lokasi pilihan kami juga bukanlah rumah anak yatim namun Sekolah Rendah Agama Usamah bin Zaid, Wangsa Maju. Sekolah tempat saya bertugas sebelum ke PTS.
Memandangkan sekolah ini masih belum mempunyai perpustakaannya yang tersendiri, kami berbesar hati memulakan pembinaannya dengan harapan pihak sekolah akan meneruskan rancangan itu.
Ikuti laporan wartawan PTS mengenai aktiviti kami di bawah.
___________________________________________________________
Roziyah — 03 Sep 2010 12:39 PM •

Sekolah Rendah Agama Usamah Bin Zaid menerima wakaf buku sumbangan PTS sempena program Infaq Ramadan PTS.
Sebahagian ahli rumah sukan PTS iaitu kumpulan Win Win meletakkan buku di perpustakaan sekolah agama tersebut bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar menambahkan ilmu pengetahuan dengan membaca.
Selain itu, kakitangan PTS yang terlibat juga memasang sebuah almari yang menempatkan buku-buku wakaf tersebut.
Pengetua sekolah Rendah Agama Usamah Bin Zaid, Puan Rozita Abdul Kadir mengucapakan jutaan terima kasih atas kesudian pihak PTS memberikan buku-buku kepada pelajar di sekolah tersebut.
Beliau juga berharap pelajar mendapat manfaat melalui buku-buku yang diwakafkan dan semoga program seperti ini diteruskan agar ilmu berterusan dapat disalurkan kepada pelajar.
Selain mewakafkan buku dan almari, PTS juga memberikan sejumlah wang tunai bagi meringankan beban pengurusan sekolah berkenaan.
Program Infaq Ramadan PTS 2010 memberi peluang kepada warga PTS menyumbang bakti dan tenaga sempena bulan Ramadan ini.
Program ini juga sebagai satu usaha PTS bagi meningkatkan semangat ingin membaca di kalangan mereka yang kurang berkemampuan.
Setiap warga PTS dibahagikan kepada beberapa kumpulan agar lebih banyak rumah dan pusat pertubuhan yang kurang berkemampuan dapat menerima sumbangan dan bantuan daripada PTS.
No comments:
Post a Comment