Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju.
Alhamdulillah, tahun ini adalah ramadan kedua saya sebagai salah seorang petugas Masjid Usamah bin Zaid. Saya mula bertugas secara rasmi di masjid ini sebagai bilal rawatib pada Oktober 2008. Sedar tidak sedar sudah hampir dua tahun, dan dalam tempoh masa tersebut banyak peristiwa yang manis dan sebaliknya berlaku.
Namun atas sebab-sebab tertentu, perjalanan dan pengembaraan saya bersama panglima Rasulullah yang termuda ini mungkin sudah sampai ke penghujungnya. Ramadan ini adalah ramadan kedua dan mungkin juga adalah yang terakhir.
Tidak banyak jasa saya di sini, cuma saya mahu mengatakan bahawa saya berasa amat bertuah kerana terpilih oleh Allah bagi menjadi salah seorang petugas di sini lewat dua tahun sudah.
Di sini saya pernah menjadi penghuni (sebelum kahwin saya diam di dalam salah satu bilik stor masjid ini), menjadi kerani, menjadi bilal rawatib, menjadi penceramah, menjadi khatib, menjadi tekong tahlil dan yasin dan menjadi adik kepada abang-abang.
Banyak kenangan, ya... banyak sekali. Dan kenangan itu akan tetap di situ.
Nota:
Sepanjang bulan puasa masjid ini menyediakan perkhidmatan buka puasa, solat terawih dilakukan sebanyak 20 rakaat. Moreh bagi mereka yang habis 20 rakaat juga disediakan. Saya akan bertugas mengikut jadual yang sudah disediakan sepanjang ramadan ini termasuk pada hari raya.

No comments:
Post a Comment