Pepatah Melayu ada menyebut : Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan.
Dalam usia perkahwinan yang masih di garisan permulaan ini ternyata masih banyaklah ilmu dan pemahaman tentang suasana rumahtangga ini harus dipelajari. Banyak benda baru yang akan ditempuhi malah banyak juga hal lama yang harus ditinggalkan.
Kadang-kadang terasa rugi kerana sudah lama tidak turun ke lapangan seperti sebelumnya, kerana kekangan tuntutan fardhu yang lain seolah menyaingi tuntutan fardhu yang satu ini. Teringat bila Ustaz Hasrizal menghuraikan tentang bagaimana kita meletakkan dakwah sebagai kefardhuan dalam hidup kita.
Ketiga, kerana tanggungjawab sebagai seorang Islam. Inilah yang terbaik, namun juga tidak boleh dikira yang terbaik kerana jika dilihat tanggungjawab itu akan berubah mengikut masa. Contohnya seorang mahasiswa yang selain tanggungjawabnya untuk belajar maka seterusnya mungkin adalah dakwah. Namun apabila dia sudah graduasi dan bekerja maka komitmen dan tanggungjawab terhadap kerjanya itu akan mengatasi kerja dakwahnya, lama kelamaan dia akan hanyut dibuai kesibukan alam pekerjaan. Bagaimana pula seterusnya dia akan berkahwin? Tanggungjawab dakwahnya sudah jatuh ke tangga yang ke berapa sekarang?
Solusinya, dakwah itu sangat subjektif. Apakah dengan hanya bekerja dengan jabatan agama Islam peringkat kerajaan negeri atau mejadi ahli pertubuhan dakwah tertentu sahaja perlu berdakwah? Silap dan rugilah kita sebagai umat akhir zaman yang sememangnya diiktiraf sebagai umat yang terbaik.
Ayuh, gunalah kaedah ini : Perkongsian. Rasa ingin berkongsi segala nikmat yang Allah berikan. Rasa ingin berikan kepada sesiapa sahaja apa yang telah diberikan kepada kita. Nescaya, letih, jemu, bosan, tertekan tidak akan wujud dalam lafaz perjuangan kita.
Saya akan bermula kembali. Sebagai seorang hamba kepada Rabb, umat kepada Rasulullah SAW,anak kepada Abi dan Umi, pegawai kepada sektor agama kerajaan (JAWI), pegawai masjid kepada ahli masjid, penasihat kepada organisasi yang semakin berkembang iaitu iLuvislam.com, pengundi kepada parti yang akan memartabatkan Islam secara total dan yang lebih manisnya ialah sebagai seorang suami kepada isteri yang akan kalaupun tidak sebarisan dalam perjuangan dakwah tajdid ini cukuplah sebagai pengiring pinjaman hidup yang sementara ini.
Terima kasih isteriku.
Zahiruddin Zabidi
1 comment:
Tahniah ustaz, insyaallah mudah-mudahan ustaz dan zaujah trus thabat di dalam perjuangan. Entri ustaz ini mengingatkan ana tentang 4 musim sejuk yang bakal menghujani setiap daripada kita. Musim exam, musim selepas grad, musim bekerja n setelah berkeluarga. Apapun mg2 ini semua tidak mematahkan semangat kita, malah menjadi pembangkit kepada kita untuk menjadikan hari2 adalah gerak kerja ke arah kemenangan Islam. Doakan ana dan adik2 ustaz ye!
Post a Comment