03 April 2009

Perkongsian Jawapan Pada Soalan di Ruangan Komen Entry "Jawapan Kepada Soalan-Soalan Mahasiswa Kolej Ke-13 UPM


Assalamu'alaikum wrt wbt Ustaz. 1st terima kasih atas tazkirah yg telah disampai semalam (kuliyah maghrib K13).


1. Ustaz, benarkah matlamat akhir sesuatu ibadah itu sebenarnya syurga? Manakah keikhlasan dan ehsan dalam beramal jika tujuannya adalah "syurga"? Bukankah sepatutnya segala amal itu semata-mata Lillah tanpa mengharapkan ganjaran?

Jawapan :

Waalaikumussalam wrt kepada saudari yang bertanya, pertamanya terima kasih kerana sudi melawat laman saya yang tidak seberapa ini, dan juga kerana sudi mengikuti kuliah saya yang masih banyak kelemahan. Insya-Allah saya akan terus berkongsi selagi daya dengan ilmu yang hanya terbias ini. Jika kebuntuan, maka bersamalah kita merujuk kepada mereka yang lebih alim insya-Allah.

Maafkan saya atas ketidak jelasan maksud penyampaian saya semalam, kalau saudari ingat betul-betul saya tidak pernah katakana bahawa matlamat akhir sesuatu ibadah itu ialah syurga. Tetapi saya lontarkan persoalan “Apakah tujuan kita hidup di dunia?”. Jika soalannya ialah “Apa tujuan kita dijadikan di dunia ini?” penetapan tujuan kita dicipta sudah ditetapkan oleh Allah subhanauwata’ala, maka jawapannya tidak lain pada mafhumNya :

“Dan tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaku.”

Namun tanya diri kita balik apa tujuan aku hidup dalam erti kata sebagai seorang muslim. Yang beriman, bertaqwa, jadi baik, beribadat dan pendek kata “buat yang disuruh dan tinggal yang dilarang”.Kenapa? Pastinya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tepat sekali! Sebab itu para sahabat dikurniakan gelaran Radhiaya-Allahu’anhu/ha. Gelaran itu menunjukkan mereka telah mencapai makam tertinggi dalam pengabdian diri pada Allah. Kerana apa redha Allah itu perlu, kerana syurga itu akhirnya dikurniakan kepada mereka yang hanya Allah redha kepada mereka.

Pernah dengar cerita seorang alim yang hebat bernama Barshiso? Kehebatan ibadahnya tiada tandingan namun akhirnya di humban ke neraka. Kenapa?

Pernah dengar cerita yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab hadisnya tentang seorang pelacur yang akhirnya memasuki syurga kerana ehsan dan kesian belas kepada seekor anjing sahaja?

Maka dapat disimpulkan di sini bahawa syurga perlu menjadi matlamat kita. Kerana syurgalah yang akan dikurniakan kepada mereka yang ikhlas, ehsan dan mati dalam redha Allah. Puncak nikmat abadi yang tiada akhir, tempat para nabi-nabi, orang-orang soleh, syuhada dan mereka yang mati dalam redha Allah. Dan kita sebagai hamba Allah akan berasa hampa jika tidak dijanjikan apa-apa balasan olehNya atas segala kepatuhan kita kepada suruhannya.

Dan Allah juga telah menetapkan mereka yang mengabdikan diri kepadaNya semata “Lillahi ta’ala” adalah syurga, kerana syurga itulah ganjaran “Lillahi ta’ala” tadi. Jika Allah menyuruh hambanya beribadah kepadanya tanpa balasan maka Allah itu tidak adil, seolah seorang yang bekerja dengan majikannya namun tidak dibayar gaji.

Banyak ayat quran dan hadis Rasulullah menerangkan maksud kenyataan ini. Ana cadangkan saudari baca buku “LA TAHZAN”. Wallahua’lam.


2. Pernah tak ustaz dengar atau baca kisah Rabiatul Adawiyah yg membawa api pada sebelah tangannya dan air pada sebelah yg lainnya? Masa tu bila ditanya orang ramai untuk apa Rabiah berbuat demikian, jawabnya (lbh kurang maksudnya) :


"Aku ingin membakar syurga dan memadamkan neraka yg menjadi sebab sembahan manusia terhadapNya."

Jawapan :

Belum pernah lagi, insya-Allah saya cuba cari dan baca kisah tersebut. Saya faham yang saudari mahu kaitkan dengann tujuan kita beribadah tadi, tapi dengan kesolehan dan kezuhudan Rabi’atul Adawiyyah ‘Lillahi ta’ala’ apakah balasan Allah padanya? Tentunya kelak insya-Allah dia dan wali-wali beserta nabi-nabi dan para solihin akan dianugerahkan syurga Allah ta’ala.


3. Apa pendapat ustaz jika seorang itu menyembah Allah kerana kasih sayang Allah yang tidak dapat dia nafikan dan dustakan walau berbagai perkara yg dia lakukan tanpa hadir sedikitpun 'alkhauf', adakah amalan dia diterimaNya?

Kita kena set dalam diri kita bahawa yang hanya layak memahalakan dan mendosakan seseorang itu mutlaknya pada Allah ta’ala. Adakah kita yakin setiap amalan ibadah kita Allah kurniakan pahala? Kalau tidak kena caranya maka dosa sahaja yang kita tambahkan. Tapi janganlah pula itu dijadikan alasan, kalau begitu tiada gunanya kita bersembahyang, berpuasa dan lain-lain kerana segalanya sudah ditetapkan oleh Allah. Kerana sikap itu menjamin ke neraka, persoalan ini tidak dapat kita rungkaikan kerana kita tidak tahu adakah kita ke syurga atau ke neraka, maka menjadi kewajipan untuk kita berusaha mendapatkan syurga Allah dan mengelak dari neraka.

Maka melakukan yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang menjadi kewajipan, selebihnya diserahkan pada Allah ta’ala. Semoga dengan belas ehsannya kita di kurniakan syurgaNya, insya-Allah.

Maka sebagai seorang hamba yang mengaku beriman kepada Allah, buat yang disuruh dan tinggal yang dilarang adalah asas segala kewajipan urusan kehidupan. Perkataan ‘alkhauf’ itu sendiri walaupun makna lughahnya ialah mrujuk kepada takut namun definisi dalam konteks agama adalah berbeza. Dalam konteks agama semakin takut kita pada Allah maka semakin dekat kita dengannya, semakin terasa kasih sayangnya, semakin nikmat untuk beribadat. Maksudnya takut Allah itu bukan seperti kita takutkan harimau, hantu, bos dan lain-lain.

Secara automatiknya sesiapa yang melakukan yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang maka dia sudah tergolong mereka yang bertakwa malah takut kepada Allah. Kerana takut dengan janji azab Allah di nerakalah mereka sedaya upaya mendapatkan redha Allah. Wallahua’lam

4. Dan yang terakhir macam mana nak hadirkan perasaan khauf, haibah, n haya' bg orang yang hatinya kering dan baginya syurga n neraka tu tiada makna pada hatinya?

Syurga dan neraka adalah ghaib, yang hanya didengar dan diketahui kerana tercatit dalam al-Quran dan al-hadis. Logik akal kata mustahil untuk kita takut kepada benda yang kita tidak tidak lihat, dengar dan rasa sendiri. Kalau terjumpa dengan binatang-binatang yang mengancamkan maka kita akan cuba mengelak dan menyelamatkan diri kerana kita tahu bahawa binatang tersebut akan memberikan mudarat.

Tak kenal maka tak cinta. Mereka yang hatinya kering walaupun beriman adalah mereka yang tidak mengenal syurga dan neraka dengan mata hati. Adalah mustahil syurga dan neraka mahu dilihat dengan mata kasar malah dengan mata akal sekalipun. Mata hati hanya berfungsi dengan tarbiyyah yang syumul berasaskan aqidah yang haq sahaja. Maka tidak peliklah jika ramai merka yang mengaku beriman tetapi sengaja melakuka dosa.

Akhirnya semoga Allah membuka mata hati mereka untuk lebih memahami hakikat kehidupan sebagai hamba Allah. Semoga Allah mencampakkan pengalaman syurga dan neraka kepada mereka secara ladunni seterusnya sedar akan hakikat kejadian syurga dan neraka Allah.

___________________________________________________________________________________________________

Wallahua’lam, penulisan di atas sekadar perkongsian dari saya. Sebarang khilaf bolehlah tegur dan kemudiannya sama-sama kita rujuk pada yang lebih alim insya-Allah.

Az-Zahir

3 comments:

GS21950 said...

Assalamu'alaikum wrt wbt... Syukran jazilan li ha'ulak ijabat.
Maaf ustaz, saya bukan berlatarbelakangkan agama n xberkesempatan bersekolah di sekolah yg mndalami agama. Kekadang ade istilah perkataan yg sy kurang jelas. Tapi insyaAllah sy sgt suka 'lughotul jannah'. Wallahua'lam..
Setiap soalan bukannya semuanya memerlukan jawapan tapi yg pasti utk difikirkan bersama. If tersalah n tersilap, mohon diperbetulkan lillah kerana sy hanya seorang hambaNya yg haqir, dhoif n jahil.

Kekadang sy terfikir alangkah tamak n buruknya menjadi seorang hamba if segala amal yg dilakukan itu actually utk mengharapkan balasan or imbuhan yg lebih baik n takutkan balasan seksa n kesusahan(Dalam perbincangan ni, sy maksudkan syurga n neraka). Bukankah seolah-olah sama je tujuan bekerja dengan “majikan sementara” n beribadat kepada Allah? (mengharapkan imbuhan or mengelakkan kesusahan pd akhirnya).
Benar, Allah itu maha Adil, n bukankah sewajibnya kita yakini sepenuh hati dengan keadilanNya membalasi kita tanpa perlu lg kita mengharap or bermatlamatkan syurgaNya atas ibadah yg dilakukan (sebagai tujuan hidup kita di dunia)?

Nabiyyina Muhammad saw contoh hambaNya yg paling sempurna n makhluk terbaik in everything termasuklah dalam bab ibadat. Banyak hadis soheh yg meriwayatkan tentang sifat ibadah Rasulullah saw. Baginda telah dijanjikan Allah sebaik-baik balasan (syurga) diampunkan segala dosa baginda yg terdahulu or mendatang, so kenapa baginda beribadah? Tidak lain jawapan baginda saw mengertikan ibadah adalah sebagai tanda kesyukuran.

Em, InsyaAllah sebenarnya sy faham maksud ustaz tujuan hidup di dunia, syurga hanya sbg matlamat akhir bg hamba-hambaNya yg berjaya meraih keredhaanNya untuk menaikkan n meningkatkan semangat dalam beribadat (lebih kurang kot, kan?).

Ustaz ingat tak tentang hadis ni?:

“Semua manusia binasa melainkan orang-orang yg alim. Semua orang alim binasa melainkan orang alim yg mengamalkan ilmunya. Semua orang yg beramal dengan ilmunya binasa melainkan dia sertakan dengan ikhlas. Sedangkan orang-orang yg ikhlas pun masih berada di jurang bahaya yg besar.”

Ustaz pernah dengar tak kisah ni? (lebih kurang maksudnya);

Suatu hari terjadilah hujah antara Rabiatul Adawiyah dan tetamu-tetamunya berkenaan masalah menyembah Allah. Salah seorang mereka ditanya Rabiah:

”Mengapa kamu menyembah Allah?”

”Kerana aku takut akan azab neraka.” jawab orang itu.

”Mengapa kamu menyembah Allah?” Tanya Rabiah kepada tetamu yg lain.

”Aku menyembah Allah kerana takut azab neraka dan ingin masuk ke syurga.” Jawab tetamu itu.

Rabiah menarik nafas panjang then berkata:

”Alangkah buruknya seorang hamba yg menyembah Allah hanya kerana mengharapkan nikmat syurga n ingin menghindari azab neraka!”

Sejurus kemudian Rabiah terdiam seakan-akan kecewa mendengar jawapan mereka. Kemudian dia pun bertanya lagi:

”Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, apakah kamu menyembah Allah?”

Semua saling berpandangan sesama mereka, tidak menyangka soalan itu. Lama namun takde seorang pun jawab. Then ade seorang berkata kepada Rabiah:

”If begitu, plez explain to us, mengapa kamu menyembah Allah pula?”

She answered:

“Aku menyembah Allah adalah keranaNya. Nikmat yang dikurniakanNya kepadaku sudah cukup menggerakkan hatiku untuk menyembahNya...”

Rabiatul Adawiyah ‘Azra’ul Basrah al Batul
(Abdul Mun’im Qindil)

Saya pun ade buku tebal “La Tahzan” unfortunately saya tak berminat membacanya lebih daripada kitab “Mukashafah alQulub” n buku “Siyathul Qulub”.

Zahiruddin Zabidi said...

Wslm wrt,

Alhamdulillah, jazaka-Allah atas perkongisan anti.

Semoga berterusan insya-Allah.

Cuma untuk persoalan anti rasanya "yang bertanya lebih arif dari yang disoal", pinjam jawapan Rasulullah ketika menjawab soalan Saidina Jibril dalam hadis Jibril.

Baraka-Allahu fikum,Wallahualam.

Mohd Al-Amin Daud Al-Azhari said...

Assalamualaikum,,

Sayugia difahami bahawa manusia itu terbahagi di atas beberapa peringkat..kanak2 darjah satu ada cara utk diajar membaca dan memahami sesuatu dan sudah tentu berbeza dengan mengajar remaja yg berada di universiti..

Ulama' membahagikan manusia kpd beberapa peringkat.ada yg digolongkan sebagai golongan awam,golongan khowas dan khowasul khowas..ini sebenarnya mengikut tahap keimanan seseorang..kita sedari bahawa iman setiap daripada kita berbeza2..tidak sama dgn iman para Nabi dan para wali..

Nabi SAW pernah bersabda yg bermaksud ; ajarlah mengikut 'uqul mereka..

Tidaklah menjadi satu kesalahan jika kita berbuat ibadah kerana syurga dan takutkan neraka sebagai salah satu jalan targhib dan tarhib namun pada mereka yg maqam mereka sampai pd ahlillah mereka itu tdk lagi melakukan ibadah kerana inginkan syurga atau takutkan neraka tetapi hanya kerana Allah semata2..Maka ini merupakan tahap yg tertinggi.

Perumpamaan yg mudah utk mendekatkan kefahaman kita..seumpama kita mengajar anak kecil berpuasa dan kita sediakan hadiah jika dia dapat berpuasa..bila dia sudah meningkat dewasa dia mula faham yg puasa itu bukan kerana hadiah tetapi kerana perintah Allah..maka begitulah cara Allah mendidik manusia dgn syurga dan neraka..jika dia sudah "dewasa" maka dia akan faham yg ibadah itu bukan kerana sesuatu yg lain tetapi hanya kerana Allah..