KELUARLAH DAN PERHATIKAN ALAM SEKELILING. PERHATIKAN KEBUN-KEBUN YANG INDAH, DAN TELITILAH MAKHLUK ALLAH DAN KEINDAHAN CIPTAAN SANG PENCIPTA.
Allah menciptakan denai alam ini dengan tujuan. Dari sekecil-kecil makhluk yang dinamakan mikrorganisma hingga kepada sebesar-besar kejadian alam cakerawala, semuanya sengaja Allah ciptakan khusus untuk manusia itu melihat, memerhati, berfikir dan seterusnya mengiakan akan kebesaran dan kebijaksaan Khaliq yang tiada tandingan tentunya.
Firman Allah dalam surah Yunus ayat 24 yang berbunyi:
إِنَّمَا مَثَلُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا كَمَآءٍ أَنزَلۡنَـٰهُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ فَٱخۡتَلَطَ بِهِۦ نَبَاتُ ٱلۡأَرۡضِ مِمَّا يَأۡكُلُ ٱلنَّاسُ
وَٱلۡأَنۡعَـٰمُ حَتَّىٰٓ إِذَآ أَخَذَتِ ٱلۡأَرۡضُ زُخۡرُفَهَا وَٱزَّيَّنَتۡ وَظَنَّ أَهۡلُهَآ أَنَّہُمۡ قَـٰدِرُونَ عَلَيۡہَآ أَتَٮٰهَآ أَمۡرُنَا
لَيۡلاً أَوۡ نَہَارً۬ا فَجَعَلۡنَـٰهَا حَصِيدً۬ا كَأَن لَّمۡ تَغۡنَ بِٱلۡأَمۡسِۚ كَذَٲلِكَ نُفَصِّلُ ٱلۡأَيَـٰتِ لِقَوۡمٍ۬ يَتَفَڪَّرُونَ
Maksudnya:Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni) dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan ia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).
Ramai pengkaji-pengkaji barat dulu dan sekarang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengkaji dan merungkai tentang asal usul alam ini. Seterusnya setelah beberapa lama satu-satu persatu persoalan mereka itu dijawab oleh mereka sendiri namun, apa yang lebih mengejutkan mereka adalah apabila mendapati sebenarnya segala persoalan mereka telah dijawab di dalam wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW semenjak lebih 1400 tahun dahulu.
Akhirnya ramai di antara mereka yang tidak lagi mampu untuk mengiakan lantas mentauhidkan Allah dan menyetujui Nabi Muhammad itu utusan dan Rasul terakhir. Seterusnya golongan ini juga mengakui bahawa al-Quran telah menafsirkan Sains dan dalam masa yang sama Sains telah menafsirkan al-quran.
Ini adalah kerana Allah penuh dengan kekuasaan menjadi dan menghapuskan segala apapun di muka bumi ini malah alam semesta ini. Banyak lagi rahsia petala langit dan bumi tidak manusia mampu selami, namun cukuplah dengan apa yang Allah ta'ala berikan untuk kita akhirnya tidak kufur dan syirik dalam beribadat dan taat kepada-Nya. Keperluan ini mengikut spesifikasi yang telah Allah tetapkan dan sebagaimana yang telah dirakam dalam al-Quran.
Firman Allah dalam surah A'li-Imran ayat 191 yang berbunyi:
ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا
مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.
Tiada lain yang amat diharapkan oleh seorang yang bernama muslim melainkan selamat dari api neraka dan dikurniakan oleh kerahmatan Allah akan syurga-Nya.
Zahiruddin Zabidi
No comments:
Post a Comment