23 June 2009

Suami

Hari-hari saya kini berlalu dengan saya sebagai seorang suami, satu sandaran atau gelaran yang sangat biasa bagi kita namun sangat asing bagi yang yang belum merasa alam ini.

Ketika berjumpa dengan kawan-kawan yang tidak dapat menghadirkan diri ke majlis saya tempoh hari, antara soalan yang ditanya ialah : "Macam mana? Best tak kahwin?" Jawapan yang mampu saya berikan ialah sebuah senyuman yang mugkin saya sendiri pun kurang faham maksudnya. Untuk mereka yang bertanya, terpulanglah apakah tafsiran mereka terhadap 'jawapan' itu.

Semalam, keluarga belah saya datang ke rumah kami. Gamat jugak dibuatnya, isteri dan saya cuba menyiapka hidangan yang terbaik sekadar mampu. Kawan isteri terlebih dahulu tiba, alhamdulillah masakan yang serba sederhana itu mencapai piawaian 'sedap' dari para pemakannya. Termasuk pakcik-pakcik dan makcik-makcik saya dan sepupu-sepupu yang sempat merasa sup ayam tersebut, nampak kepuasan di balik wajah letih isteri saya.

Antara sudut yang mendapat perhatian mereka ialah perpustakaan mini kami. Buku saya dan isteri diletakkan bersama di atas rak yang dibeli dengan harga RM79.90 di Carefour itu. Lalu salah seorang daripada mereka mengambil buku "When Mars and Venus Collide" tulisan John Gray. Lalu mereka bertanyakan isinya.

Sebenarnya buku itu adalah hadiah dari isteri semasa awal pertunangan kami. Saya agak pelik pada peringkat awalnya kenapa dia berikan buku itu dan meminta saya membacanya sampai habis kemudian dia mahu mendengar ulasan saya. Saya akur, dah orang bagi buku free.

Akhirnya saya dapat tahu yang buku itu telah disyorkan oleh Ustaz Hasrizal @ Abu Saif kepada mereka yang bakal mendirikan rumahtangga selain bukunya sendiri "Aku Terima Nikahnya". Buku itu merupakan rekod motivasi dan komunikasi kekeluargaan kerana titik tolak sebuah kebahgiaan adalah komunikasi begitu juga punca akar permasalahan kerana kegagalan komunikasi.

Dengan pembacaan yang belum khatam itu, saya membuat rumusan bahawa kemahiran komunikasi adalah ilmu yang paling penting darihal tentang muamalat sesama manusia terutamanya lagi dalam kontek kekeluargaan yakni sebagai suami dan isteri.

Oleh yang demikian saya jelaskan kepada sepupu yang bertanya : "Buku ini memahamkan kepada kita bahawa kita kena akur pada hakikatnya lelaki dan wanita itu berbeza, mustahil untuk sama dalam segenap hal. Namun titik persamaannya tetap ada. Maka bagi yang ingin berumah tangga harus memegang prinsip bahawa kita (suami isteri) seharusnya mencari persamaan dan memahami perbezaan, insya-Allah lidah yang tergigit akan segera terubat, biji barah yang baru membuah akan segera dibantutkan.

Kahwinlah dengan niatnya Li-llahi ta'ala, Li-sunnati Rasulih. Insya-Allah mawaddah warahmah bukan omongan kosong lagi, kita yang mencorak dan membuat keputusan kerana usaha adalah hak kita kemudiannya qada' dan qadar Allah ta'ala adalah yang terbaik, yakinlah insya-Allah kerana Allah tidak akan menguji hambanya lebih dari daya tahan hambanya sendiri.

Wallahua'lam

Zahiruddin al-Mawar

2 comments:

Anonymous said...

salam ust..sblm tu ana nak ucapkan tahniah udah punyai satu gelaran yg disukai dan dicintai oleh Allah dan Rasulnya..suami..bertanbah gelaran maka bertambah lah tanggungjawab.. "peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka"...ana doakan ust berjaya laksanakan tugas sebaik mungkin..gudddd luckk..

Zahiruddin Zabidi said...

Jazaka-Allah di atas peringatan, memang level kita ni memang hanya mampu mendapat redha Allah untuk terlepas dari azab Allah saja.

Untuk nak mintak nikmat, jauh sekali tidak layak, semoga timbangan mizan kita condong di belah kanan di padang mahsyar kelak insya-Allah.