Berpindah
Semalam saya telah berpindah dari rumah sewa ke satu bilik (utiliti) di masjid Usamah bin Zaid. Walaupun ianya sebuah bilik yang sederhana kecil dan terletak di tingkat bawah masjid namun kesyukuran yang tidak terhingga pada Allah dan ucapan terima kasih dari lubuk hati kudus untuk Ustaz Mursyidi kerana memberikan kebenaran walaupun permintaan saya peringkat awal hanya bersifat gurauan. Malah Ustaz menawarkan saya untuk memilih bilik mana sahaja yang saya suka termasuk bilik di tingkat 2 yang keluasannya melebihi keluasan rumah pangsa kos sederhana. Tetapi saya memilih bilik di bawah atas sebab-sebab tertentu.
Akhirnya permintaan saya untuk menjadi setotal mungkin ahli masjid dimakbulkan Allah ta’ala. Kini saya beralamat di masjid Usamah bin Zaid, tempat saya bertugas dan berjamaah, girangnya hanya mereka yang ada kemahuan seperti saya sahaja dapat rasakan.
Malam pertama berlalu indah, seakan saya akhirnya dapat berkahwin dengan insan pilihan dan semalam merupakan malam pertama kami, tapi jangan salah faham kerana saya belum berkahwin tetapi insya-Allah sudah diikat untuk melaksanakannya tidak lama lagi, doakan saya.
Saya sangat teruja untuk menginap di masjid kerana beberapa faktor :
1. Memang dari dulu saya hendak duduk di masjid.
2. Jimat sewa rumah RM250.
3. Menjalankan tugas(bilal) tanpa pincang lagi insya-Allah.
4. Tiada alasan untuk tidak berjamaah lagi terutama waktu Subuh.
5. Mencari damai di taman syurga Allah.
6. Pergerakan yang akan terbatas.
Selain itu, saya juga beriktikad mahu bermujahadah untuk melawan dilema diri agar kelak dalam tempoh 3 bulan yang mendatang sebelum bergelar suami saya benar-benar bersedia dari segenap aspek termasuk ilmu dan amal. Tempoh-tempoh yang dilalui sekarang sangat mencabar. Siapa pernah duduk di tempat saya mereka akan mengangguk tanpa syak.
Terima kasih kepada tunang saya yang meminjamkan kereta untuk saya memunggahkan barang-barang. Alhamdulillah segalanya lancar walaupun saya seorang sahaja yang memunggah barang-barang tersebut. Resam orang bujang lelaki, nasib baik tidak banyak sangat barang melainkan meja belajar dan almari bertingkat plastik sahaja yang bersaiz besar. Hal ini akan diselesaikan hari ini insya-Allah dengan bantuan sahabat dari masjid Usamah bin Zaid.
3 Bulan ke 2 Bulan lagi?
Hari ini 5 Mac 2009, malam tarikh ini pada bulan Jun 2009 nanti, dalam kiraan 3 bulan lagi insya-Allah saya ditarikhkan untuk mengikat janji hidup setia berasas syarak Islam yang dinamakan ijab dan kabul. Jadi, jangkamasa 3 bulan di masjid akan diasimilasikan sebaik mungkin insya-Allah untuk segala persediaan yang perlu. Selain terus-menerus berfikir dan membuat persediaan untuk pembelajaran yang akan berlangsung lagi di UUM dan cuba resapkan segala pembelajaran Usuluddin di UM, apatah lagi bagi memikirkan gerak kerja seterusnya bersama jamaah iLuvislam dot com.
Doa kudusku padamu ya Allah, hambaMu ini telah, sedang dan akan terus berusaha untuk redhaMu walau kadang dia bersikap retorika denganMu, dia sedar dia bukan menipuMu tetapi menipu diri dia sendiri. KalamMu sudah jelaskan, malah hadis UtusanMu telah merungkai jalan untuk penyelesaian, namun bersabarlah, kerana apakah perkara yang lebih bernilai dari nilai sabar seorang pemuda dalam menghadapi kenyataan sunnahtullah.
Az-Zahir
Penasihat iLuvislam dot com
4 comments:
Salam
akhi zaid,alangkah best nya,tambah2 kalau jadi mua'zim atau imam masjid,mesti seronok,sampai awal,dan paling best,boleh iktikaf selamanya dalam tu..
kalau dekat2 dengan saya,boleh kot rasanya nak tumpang jugak duduk dalam Masjid Usamah tu,walaupun rumah saya dekat masjid,depan rumah(terima kasih pada arwah ayah yang benar2 menitik beratkan hal2 agama),selalu saya pergi awal,rasa seronok dan ketenangan bila dapat buka pintu masjid,rasa seperti takut yang amat kerana membuka pintu rumah Allah..
Alangkah berbahagia nya akhi zahid dapat tinggal dalam masjid..sedih tak dapat nak join sama =(
wassalam Izat, sejak bila abang Zahir tukar nama jadi Zaid atau Zahid ni..hehe..
Salam
adoi,tu la pasai,minta maaf banyak2 abang zahir,dok teringat pasal masjid usamah bin zaid tu,sekali dah tekan button send,baru perasan..apa yang ditulis tadi,huhu
maaf abang zahir,nanti jumpa saya belanja makan,insyaAllah,hehe
Salam
akhirnya merasa jugak saya tidur dalam bilik tu ye,hehe,insyaAllah nanti kalau free lagi kita qiamullai sama2
Post a Comment