02 January 2011

TOP 50 Judul Kreatif Dewasa Sepanjang Tahun (1 Januari - 31 Disember 2010)

Oleh Zahiruddin Zabidi


ALHAMDULILLAH, tahun 2010 melihatkan bagaimana impian saya menjadi seorang penulis dan editor menjadi kenyataan. Pada tahun sudah dua buah karya tukangan saya berjaya dipasarkan dan alhamdulillah juga kedua mendapat sambutan yang agak baik dari kalangan pembaca.

Bagi tahun 2011, sudah ada dua judul; Kembara Putera Berlima: Mencari Pohon Emas (PTS One) dan Nian Hati Salsabila (PTS Litera Utama) akan menjadi mukadimah. Insya-Allah saya mensasarkan enam buah karya akan terbit pada tahun ini.

Satu senarai panjang juga sudah dikelaurkan oleh pihak jabatan jualan PTS bagi menunjukkan 50 judul terlaris sepanjang tahun. Alhamdulillah novel RA di tangga yang ke-8 manakala Aminah di tangga ke-44.

Bukanlah angka itu yang menjadi ukuran, namun saya mampu tersenyum memikirkan buku-buku dan tulisan yang tercatat pada lembaran kertas itu dibaca oleh sesiapa sahaja. Saya puas memikirkan bahawa mereka seronok membacanya malah andai dengan takdir Allah mereka mendapat apa yang selama ini mereka dambakan.

Semoga Allah sudi memperkenankan sasaran saya ini, amin ya Rabbal alamin.


Judul 50 jualan novel dewasa terlaris:

1. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
2. Umar Abdul Aziz: Bayangan Khalifah al-Rasyidin
3. Imam Syafie: Pejuang Kebenaran
4. Imam Hanafi: Pendebat Kebenaran
5. Khalifah-khalifah Yang Benar
6. Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam
7. Imam Maliki: Pengarang Kebenaran
8. Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi
9. Perang Badar: Perang Penentuan
10. Imam Hanbali: Penegak Kebenaran
11. Bilal Bin Rabah
12. Khalid: Memburu Syahid
13. Ali Bin Abi Talib
14. Uthman Affan: Pengumpul Al-Quran
15. Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur
16. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem - Edisi Jimat
17. Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel - Edisi Jimat
18. Aminah: Bunga Kaum Quraisy
19. Khalid: Memburu Syahid - Edisi Jimat
20. Tariq: Menang ataupun Syahid
21. Tariq: Penakluk Andalusia - Edisi Jimat
22. Abu Ubaidah: Penakluk Parsi - Edisi Jimat
23. Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur - Edisi Jimat
24. Syahadah Gadis Aties
25. Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu
26. Ikramah: Penentang Jadi Pembela - Edis Jimat
27. Perang Uhud: Sejarah Duka Tentara Islam
28. Negeri 5 Menara
29. Ikramah: Penentang Jadi Pembela
30. Punya Cinta Ramadan
31. Bara Cinta Canberra
32. Jangan Biarkan Surau Ini Roboh
33. Wasilah Cinta Weera
34. Atas Nama Cinta
35. Kasih Seharum Manisah
36. Ku Seru Nur Kasih
37. Tasawuf Cinta
38. Tuhan Masih Mencintaiku
39. Tuesdays With Morrie
40. Tok Janggut
41. Rembulan Tenggelam Di Wajahmu
42. Salju Sakinah
43. Aku Bukan Malaikat
44. Aminah: Cinta Puteri Quraisy
45. Maria
46. Lasykar Pelangi
47. Tahajud Cinta Nisa
48. Biarawati Qaseh Puteri
49. Qasidah Untuk Kekasih
50. Hakikat Cinta

NOTA: Data laporan ini disediakan oleh Tn. Zain Nassri Abd. Aziz, timbalan pengurus jabatan sales PTS.


2 comments:

zaid said...

SS masih ada dalam ranking?
:-)

Zahiruddin Zabidi said...

Semestinya... tengoklah siapa pengarangnya kan? Kalaulah si pengarang ada judul baru tahun ini dan judul tersebut dikatan adalah sambungan daripada naskhah yang terdahulu... insya-Allah akan... hmmm, (sambung sendirilah!)....