04 January 2011

Buah Tangan Kedua 2011 - Alhamdulillah.

Oleh Zahiruddin Zabidi
zahiruddin_zabidi@yahoo.com.my



Sinopsis:


Dari puncak yang sejuk nian, dia mula mengenal dan belajar mengenai kepentingan berkongsi. Kerana dia sangat terkesan dengan ungkapan murabbinya ini.

Dakwah itu bermaksud mengajak dan dalam al-Quran ada sebut agar kita berdakwah atau mengajak manusia kembali pada ajaran Allah yang sebenar dengan cara yang paling baik iaitu dengan berhikmah dan melarang mereka dengan penuh kebaikan. Bahkan jika berlaku pertembungan, maka uruskanlah ia dengan penuh toleransi. Di sini kita boleh faham, dakwah bukan menghukum. Dalam erti kata lain, seorang pendakwah atau dai itu bukan penjatuh hukum melainkan dirinya adalah pengajak yang mengajak manusia yang sudah Islam mahupun bukan Islam kembali kepada Allah.”

Dari saat itulah si gadis manis yang bernama Naurah Salsabila mula melebarkan sayapnya dan terus terjun ke dunia yang penuh dengan suka duka, cabaran dan ujian demi hanya kerana rasa tanggungjawab untuk 'berkongsi dengan ummah.

Lantas diteguhkan niatnya kerana Allah, diladeni akannya sunnah Rasulullah.




Testimoni:

"Zahiruddin Zabidi - satu nama baru yang mulai menzahirkan potensi besar sebagai pengarang yang menjanjikan kelainan dalam keaktifan berkarya, namun tanggungjawab dalam menitipkan ilmu dan ibrah kepada pembaca tidak terasa diabaikan. Nian Hati Salsabila ini buktinya!" - Zaid Akhtar 

"Sesudah Rabiatul Adawiyah dan Aminah, Zahiruddin Zabidi meneruskan kelangsungan citra wanitanya dengan kelahiran Nian Hati Salsabila. Mengangkat kemuliaan wanita bukanlah feminis, tetapi tanggungjawab berat dan amanah tersurat bagi semua yang bergelar lelaki." - Ibnu Ahmad al-Kurauwi

4 comments:

Anonymous said...

mantap ustaz... mabruk!

Abu Huzaifah said...

Assalamualaikum.Tahniah ya akhi!...semoga Allah permudahkan segala urusan tuan dalam melahirkan karya2 bernafas Islamik.

Abu Huzaifah said...

Tahniah ya akhi!

mkriza said...

Tahniah ustaz. Semakin aktif menulis.