09 February 2010

Surat Editor PTS kepada saya

From: ashikin wahid

Date: 2010/2/5

Subject: Berkenaan Buku rabiatul Adawiyah

To: Mohamad Bahruddin Mohamad Bekri bahar@pts.com.my

Assalamualaikum,

Semoga Tuan sentiasa dalam rahmat Ilahi. Pertama sekali, tahniah saya ucapkan kerana berjaya menghasilkan buku srikandi muslimah yang dapat dijadikan idola buat masyarakat di luar sana, khususnya golongan wanita. Selepas meneliti dan menyunting manuskrip ini, beberapa perkara sudah saya kenal pasti dan perlu diperbaiki. Antaranya adalah:

1)Susunan ayat yang bagus, cuma kurangkan metafora (bunga-bunga ayat) dalam satu ayat. - Terus kepada maksud yang mahu disampaikan.

2)Istilah Arab yang kurang diguna pakai oleh pembaca - perlu ditukarkan kepada istilah yang lebih mudah tanpa menukar maksud.

3)Minta gantikan isteri Ismail kepada namanya terus supaya maksud mudah sampai dan lebih sesuai untuk karya kreatif.

Sekian untuk makluman, terima kasih.

NORASHIKIN WAHID
Acquisition Editor

PTS Millennia Sdn. Bhd.
No: 12, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100, Batu Caves, Selangor.
________________________________________

Emel balas saya:

Wassalam warahmatullah,

Alhamdulillah dan semoga tuan semua khususnya dari PTS Litera diredhai Allah.

Terima kasih atas kerja kuat Tim PTS Litera dalam menyiapkan novel tersebut, syukur pada Allah dan terima kasih tidak terhingga sekali lagi kepada pihak PTS khususnya Tuan Bahar dan Cikpuan Ashikin.

Terima kasih juga atas teguran-teguran yang dipanjangkan kepada saya, insya-Allah saya akan pertingkatkan lagi gaya penulisan agar ianya lebih intim dengan piawaian PTS, insya-Allah.

Untuk sebarang makluman dan penambahbaikan manuskrip tersebut pihak tuan boleh maklumkan saya bila-bila masa sahaja.

Zahiruddin Zabidi
_______________________________________

Emel balas dari Cikpuan Ashikin sendiri:

Assalamualaikum,

Semoga Tuan sentiasa dalam rahmat Ilahi. Tahniah kerana menghasilkan karya yang memartabatkan srikandi Muslimah yang dapat dijadikan idola wanita pada hari ini. Gaya penulisan Tuan juga mudah dibaca dengan penggunaan perkataan dan ayat yang bagus. Sebagai editor, faktor-faktor yang perlu diubah adalah perkara biasa dalam dunia penulisan, lebih-lebih lagi untuk karya pertama. Semoga kita sama-sama dapat menghasilkan kualiti bacaan terbaik buat masyarakat di luar sana. Kerjasama yang baik antara penulis dan editor, mampu menghasilkan buku yang berkualiti kandungannya. Semoga urusan kita dipermudahkan. Amin.

Terima kasih.
______________________________________

Emel balas dari saya:

Wassalamwarahmatullah,

Semoga kita semua dilindungi Allah sentiasa.

Pertamanya saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Cikpuan Ashikin kerana respon terhadap emel saya. Merujuk kepada buku yang bakal diterbitkan itu, begitulah hendaknya insya-Allah.

Saya juga ingin berterima kasih kerana Tim PTS Litera khususnya Tuan Bahar yang sangat 'supportive' terhadap penulis baharu seperti saya, ini akan mendinamikkan lagi industri buku tanah air sekaligus menaikkan nama PTS sebaik syarikat penerbitan yang ulung insya-Allah.

Insya-Allah saya sedia ditegur dan tunjuk ajar daripada editor amat saya hargai, dan saya juga akan berusaha untuk memperbaiki mutu penulisan dari masa ke semasa insya-Allah.

Akhirnya, jika ada peluang nanti saya mohon untuk mengadap Cikpuan Asyikin untuk mendapatkan tip-tip yang lebih tuntas sebagai bekal azimat untuk saya berkarya kelak. Mohon Cikpuan Ashikin tidak keberatan.

Terima kasih, wassalam.

Zahiruddin Zabidi

p/s: Tidak sabar menunggu kelahiran buku itu

No comments: