20 August 2010

Lagi Ulasan Novel RA di Blog

Saturday, July 10, 2010

♥♥Rabiatul Adawiyah♥♥

Alhamdulillah... selesai sudah aku membaca novel sejarah Srikandi Islam berjudul Rabiatul Adawiyah karya Zahiruddin Zabidi. Sebenarnya sejak minggu lalu aku sudah mahu membelinya ketika menghadiri kursus BMT Puan Ainon, tetapi memandangkan ketika itu kewangan aku tidak mengizinkan untuk aku memiliki novel ini jadi aku bersabar. Akhirnya aku telah membelinya dua hari lalu di kedai buku popular dengan mendapat 20% diskaun kerana aku memiliki kad keahlian. Alang-alang mendapat diskaun aku turut membeli beberapa buku lain iaitu Munajat Malam, Dahsyatnya Doa Ibu dan dua buah buku rujukan PMR untuk adik lelaki aku.

Ternyata, novel Rabiatul Adawiyah ini sangat mengasyikkan aku semasa membacanya. Malam tadi kali terakhir aku melihat jam di dinding ialah pukul 3.15am dan ketika itu aku masih sedang membaca novel ini. Niat hati mahu saja membacanya hingga tamat, tapi kerana berasa terlalu mengantuk, aku berhenti membaca dan bercadang untuk menyambung baca pada esok hari. Begitulah sejurus selepas aku menyelesaikan kerja-kerja rutin harian tadi, aku pun menyudahkan bacaan aku di beranda rumah.

Benar seperti kata Puan Ainon ketika kursus BMT minggu lalu, "Belilah dan bacalah novel Rabiatul Adawiyah ini, pasti anda akan menitiskan airmata!". Ya! Aku juga telah menitiskan airmata di akhir pembacaan novel ini. T____T

Rabiatul Adawiyah bukan wanita biasa, beliau adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Beliau diuji Allah dengan pelbagai dugaan sepanjang hayatnya. Namun beliau sentiasa redha, untuknya Allah tahu apa yang terbaik buat dirinya. Tiada sebaik-baik pelindung selain Allah. Baginya hanya Allah kekasih hatinya. Sampai akhir hayatnya beliau tersenyum pada saat malaikat maut datang ke arahnya. Subhanallah~

Kagum aku dengan karya penulisan Tuan Zahiruddin Zabidi ini, lebih aku kagum apabila melihat di facebooknya dan mendapati beliau baru sahaja berusia 25 tahun, bermakna sebaya dengan aku. Masyaallah~~ seorang lagi penulis muda yang sangat berbakat. Aku dapati novel ini adalah karya sulung beliau. Jika selepas ini muncul lagi karya beliau di pasaran, aku tidak teragak-agak untuk membelinya. Semoga beliau terus berkarya dan berjaya di masa hadapan kelak,,Amin.

2 comments:

bangrudy said...

assalamu alaikum, brother

aurora borealis said...

sesungguhnya satu karya yang memang berjaya membuat ana berazam spt **Rabiatul Adawiyah**.Walau sering mendengar kisah srikandi islam ini tapi novel lain dari yg lain.Sememangnya sukar mgikut jejak langkah spt wali Allah ini.Harap2 antum yg mmbaca nOvel ini mndapat kekuatan utk beramal dan yakin dgn addin Islam khususnya muslimat.Kepada anta (Zahiruddin Zabidi) selamat berkarya sambil meluaskan kisah srikandi islam.wassalam