Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Dalam masa seminggu sahaja, pelbagai peristiwa menjengah.
Pada hari Selasa lepas, saya telah berkunjung ke pejabat Editorial PTS di Wangsa Melawati dan menyerahkan 2 proposal bakal penulisan saya untuk dibukukan oleh PTS insya-Allah.
Salah satu buku menjurus kepada adaptasi kisah figura Islam menggunakan teknik Surah Yusuf dan saya telah berurusan dengan editor dari PTS Litera yang menguruskan projek-projek kesusasteraan. Alhamdulillah layanan yang baik dan professional dari staf PTS seakan memberikan saya semangat untuk berkarya, tambahan pula kepada penulis baru seperti saya. Pihak PTS meminta masa dau minggu untuk memberi kata putus mengenai proposal saya tersebut.
Seterusnya saya juga berbincang dengan Editor Islami PTS mengenai proposal saya yang kedua. Alhamdulillah, cadangan penulisan saya itu juga disambut baik, namun saya masih perlukan persetujuan ketua Editor dan saya disarankan untuk terus menulis manuskrip tersebut. Saya akan
Insya-Allah, tahun hadapan kita akan saksikan buah tangan sulung saya ini. Dalam masa yang sama saya terus berfikir untuk judul-judul yang seterusnya.
Satu berita yang agak mengejutkan saya terima ialah saya dipindahkan ke unit lain dan surat yang dikeluarkan bertarikh 28 Oktober 2009 sampai ke unit lama saya pada 29 Oktober 2009 dan hanya sampai kepada saya pada 3 November lepas. Sedangkan tarikh kuatkuasa perpindahan itu ialah 1 November 2009.
Saya keliru, samada ingin menyembut berita ini dengan riang dan gembira atau duka yang lara. Akhirnya saya sedar yang saya hanya pekerja awam yang tertakluk kepada arahan-arahan pihak atasan, inilah sistem birokrasi.
Saya teringat firman Allah yang bermaksud, “Tidak semestinya perkara yang kamu suka baik untuk kamu dan tidak semestinya perkara yang kamu tidak suka adalah buruk untuk kamu”
Kehidupan akan diteruskan dan saya berjanji akan lebih berdisiplin dalam pengurusan diri dan rumahtangga seterusnya hidup ini insya-Allah.
Zahiruddin Zabidi
Seksyen 2, Wangsa Maju
No comments:
Post a Comment