11 February 2009

Program : iLuvislam dot com akan serang IPT Malaysia

Agenda di teruskan, langkah terus diatur satu persatu, peluang dilobi segenap mampu. Penjenamaan atau “branding agenda” bukan perkara main-main lagi. Kerana ianya perlukan kesungguhan bukan sahaja untuk berpemikiran strategik tetapi perlu disusuli daya amaliyyah bersifat usaha malah perlu sifat mahmudah terutama dalam perihal bermuamalat.

Semuanya dicipta dan dimaktubkan oleh Allah ta’ala di dalam al-Quran satu persatu tanpa keciciran. Kemudian dilengkapkan lagi dengan hadis yakni sunnah yang berbentuk sabda (kauluhu), perbuatan (amaluhu) dan perakuan (taqrir) oleh baginda junjungan besar nabi Muhammad Shollallahu alaihi wasallam.

Saya terus menerus meneroka jaringan maya dan menarik seramai mungkin pengunjung ke blog saya. Begitu juga dengan mengadakan promosi di iluvislam.com sendiri melalui artikel dan PM yang tersedia. Kelebihan yang ada sebagai krew@Penasihat iluvislam.com digunakan semaksimum mungkin untuk memastikan proses tumbesaran agenda penjenamaan iLuvislam.com di Malaysia pesat dan mantap insya-Allah.

Untuk beberapa hari keseterusnya pun sudah tersedia dengan agenda-agenda yang bakal membawa jenama iluvislam.com di Malaysia khususnya, di sini saya nyatakan alirannya. Insya-Allah dengan izinnya semuanya akan berjalan lancar kerana kerja ini juga adalah hak Allah juga.

Jadual Promosi iLuvislam Malaysia

Tarikh

Hari

Tempat

11 Feb 2009

Rabu

MMU

12 Feb 2009

Khamis

UKM

13 Feb 2009

Jumaat

UM

15 Feb 2009

Ahad

Kondo Rakyat, Pantai Dalam

Cumanya sekarang saya dikhabarkan pihak stor dah kekurangan stok, walaupun Udon baru menghantar lebihan 15 buah buku terakhir tetapi sepatutnya untuk satu-satu tempat promosi paling kurang kena ada 50 biji, saya terpaksa menghubungi wakil-wakil IPT berdekatan untuk meminjam lebihan buku mereka. Alhamdulillah mereka memberikan kerjasama yang sewajarnya.

Semoga perjalanan hari-hari seterusnya diwarnai limpah kurnia dan redha Allah. Doakan juga iLuvislam dot com terus menjadi lapangan dakwah siber seiring dengan agenda penjemaan iLuvislam dot com itu sendiri, insya-Allah.

Az-Zahir

Penasihat iLuvislam dot com

3 comments:

miszbalqis said...

insyaAllah~
saya mendoakan semoga segalanya berjalan dengan lancar.. ameen~ ;)

Zahiruddin Zabidi said...

Alhamdulillah...

Ad-doa sillahul mukmin, insya-Allah kalau semua orang doakan iLuvislam dot com berjaya maka yakinlah Allah akan beri kejayaan kepada kita,insya-Allah.

Wallahua'lam

Unknown said...

Salam

Jumaat malam nanti,insyaAllah kalau tiada apa aral,saya pergi ke UM untk menolong wakil dekat sana,tapi masalah sekarang nie,xder plak contact mana2 wakil dari UM tu,hantar dekat forum pun x berbalas,minta maaf tadi akhi zahir call saya x angkat,petang tadi ada pertandingan liga boling IPT/IPTA di Kajang,hp ada dalam beg