19 June 2010

Sesudah Setahun

Abu Wardah, Ummu Wardah dan Wardah Humairah.

Gambar ini diambil pada hari Jumaat, 11 Jun 2010. Kami di Masjid Usamah bin Zaid kerana menghadiri majlis akad nikah sepupu saya, Wan Adawiyah binti Haji Abdul Hamid.

Alhamdulillah, ketika ini kami baru sahaja melewati ulang tahun pertama perkahwinan kami iaitu pada 5 Jun yang lalu. Lebih manis, sesudah setahun kami mendirikan rumah tangga kini kami dianugerahkan seorang puteri yang dinamakan Wardah Humairah binti Ahmad Zahiruddin.

Doakan kami dirahmati Allah sentiasa dan dikurniakan saadah dan sakinah daripada Allah. Kami juga mendoakan tuan puan sekalian agar mendapat rahmat daripada Allah, amin ya Rabbal alamin.
________________________________________

Zahiruddin Zabidi
http://kalamkhalifah.blogspot.com/

No comments: