02 June 2010

KURSUS PENULISAN KREATIF PTS ISLAMIKA


PTS ISLAMIKA akan menganjurkan kursus penulisan kreatif karya Islamik bagi membantu penulis menulis berdasarkan kriteria yang dikehendaki.

Penyertaan dipilih berdasarkan proposal atau sinopsis yang diberikan.

Bagi mereka yang bersungguh-sungguh mahu menulis, hantarkan maklumat berikut:

1. Nama
2. Alamat
3. Alamat Emel
4. No Telefon
5. Proposal atau sinopsis buku yang ingin ditulis

Hantarkan kepada zahiruddin@pts.com.my

Maklumat Kursus:

Kursus Penulisan Kreatif
Tarikh: 20 Jun 2010
Masa: 10 pagi - 5 petang
Tempat: SEKOLAH BIMBINGAN AGAMA AL-IKHLAS
2755-B Jalan Changkat Permata,
Taman Permata, Hulu Kelang,
53300 Kuala Lumpur.

Peta: http://universitipts.com/images/uploads/peta_pts.jpg

Novel Aqidah dan inspirasi

Novel yang tidak terlalu membicarakan soal cinta adam hawa, tetapi cinta yang lebih sejagat;

- Kasih ayah/anak,
- Suami/ isteri,
- Sahabat, guru/ murid,
- Manusia / haiwan dan lain-lain.

Kisah inspirasi yang membangunkan jiwa pembaca.

- Kegigihan ibu bapa membesarkan anak-anak yang kurang upaya, berpenyakit atau bermasalah disiplin.

- Kecekalan anak kampung miskin mengejar impian dalam pelajaran.

- Kisah anak berusaha kerana mengumpul wang untuk membawa ibu tuanya ke Makkah.
- Pasrah seorang suami menjaga si isteri yang sakit.

- Seorang ustaz muda membangunkan surau tua dan menyedarkan masyarakat kampung untuk kembali kepada Islam.

- Insaf seorang primadona yang dulu bergelumang dengan dosa. Paparan detik keinsafan dan laluannya bertaubat bukan sisi hitamnya.
_________________________________________

Zahiruddin Zabidi
http://kalamkhalifah.blogspot.com/

No comments: