01 September 2009

Kalam Hikmah 16

JAUHI DAN KURANGI MAKANAN YANG MENEGANGKAN SARAF, SEPERTI; KOPI DAN TEH DAN TINGGALKANLAH KEBIASAAN MEROKOK.

Punca penyakit ialah perut yakni makanan ataupun lebih tepat lagi cara pemakanan kita sendiri.

Rokok pula telah menjadi perbahasan zaman berzaman dan terus silih berganti. Banyak sudah fatwa mufti, kajian dan pandangan dari sudut sains dan teknologi. Semuanya menunjukkan bahawa rokok itu adalah memudaratkan, samada masih ada yang mahu berhelah dengan hukum makruh menurut setengah pendapat, namun keharaman rokok telah mendapat pandangan secara ijmak dari kalangan ulama' dunia khususnya Malaysia.

Antara yang mengeluarkan fatwa merokok itu HARAM ialah:

1. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.

2. Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz

3. Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.

Tidak dapat dinafikan bahawa tubuh badan yang dahulunya sempurna dari sudut penggunaan dan kegunaannya ini akhirnya menghadapi masalah demi masalah setelah beberapa lama dimiliki oleh kita, tuan kepada badan ini.

Ini tidak lain kerana kecuaian kita sendiri dalam menjaga amanah Allah ini kepada kita. Tubuh badan merupakan nikmat dan amanah kepada kita, malah disebut dalam al-Quran tatkala mulut dikunci rapat dari persaksian di akhirat kelak, maka anggota tubuh badan yang lainlah akan memberikan pengakuan.

Samada mereka diarahkan oleh tuan mereka untuk melakukan yang makruf atau terus tenggelam dalam kemungkaran. Semuanya akan dipersoalkan kelak. Persoalannya bersediakah kita?

Baru-baru ini saya dan isteri telah terlibat dalam kemalangan yang agak teruk. Kereta kami dilanggar oleh kereta yang datang dari arah yang berlawanan. Hasilnya kepala isteri saya dihempap dan menyebabkan dan menyebabkan tulang belakangnya menghadapi masalah yang agak serius kerana telah berlaku lantunan (reflek) pada saraf tunjangnya. Alhamdulillah segala puji bagi-Nya tiada keretakan mahupun patah tapi itu sudah cukup untuk isteri saya menanggung kesakitan yang hanya dia dan Allah arif sakitnya dek kemalangan itu.

Sehingga hari ini, isteri saya masih bercuti dan berdepan kesakitan yang tidak menentu di bahagian tulang belakangnya. Duduk tak kena, baring tak kena, berdiri apatah lagi. Kerap juga mengadu kebas-kebas kaki dan kakinya sentiasa kesejukan, akibat sistem urat dan saraf yang bermasalah. Malah acap juga dia susah untuk tidur malam. Hanya kesabaran dan ketabahan yang menemani kami berdua.

Namun, maha suci Allah yang jiwa kita pada-Nya. Banyak hikmah yang tercerna di sebalik kejadian seawal perkahwinan kami hanya berusia 3 bulan ini. Saya tetap bersyukur pada Allah kerana saya yakin, hanya yang terbaik dari Allah untuk kami, kerana dialah yang lebih memahami apa yang kita tidak akan faham. Kerana Allah sentiasa melangsaikan apa yang kita perlukan walaupun tidak semua kemahuan Allah tunaikan, kerana Dia adalah Allah tuhan sekalian alam.

Ternyata sakit ini bukan kami sengaja cari. Justeru bagi memastikan isteri saya pulih seperti sediakala terutama kecedaraan yang melibatkan saraf dalaman tang tidak nampak dek mata kasar maka beberapa pantang larang dari sudut pemakanan terutamanya perlu dijaga selain dari kena menggunakan khidmat tukang urut tradisional yang profesioanal.

Antaranya ialah minuman berais, sayur-sayuran dan buah-buahan yang sejuk kerana itu semua mampu menyumbang kesakitan kepada urat saraf dia. Kerana kesejukan itu menyebabkan urat kembang dan dimasuki angin lantas menyebabkan kesakitan dan ketegangan.

Saya juga diminta sentiasa melumurkan minyak panas ke kaki isteri saya di samping dia juga kena sentiasa pakai stokin. Sekali tengok persis orang baru lepas bersalin dalam pantang. Insya-Allah, segala kebaikan-Nya bersama kami.

Tiba-tiba, beberapa minggu selepas itu satu berita gembira mengiringi sedikit ujian pada awalnya.

"Abang, abang bakal jadi walid..." tutur isteri dari kampung melalui telefon tangan kerana balik mengurut sehari sebelumnya.

Saya hanya mampu tersenyum sambil meluruskan haluan syukur saya pada Rabbul Izzati. Hampir sahaja menitiskan air mata gembira di tengah-tengah dewan solat Masjid Usamah bin Zaid, tatkala bersama para sahabat yang sedang bertadarrus selepas sembahyang Tarawih malam itu.

Zahiruddin Zabidi

1 comment:

Unknown said...

salam ustaz..sy turut bersmpati atas apa yg menimpa ustaz & juga isteri tercinta..namun benarlah janjiNya setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya..tahniah diatas kurniaNya jua ustaz bakal menjadi bapa..
ustaz..sy ingin memohon sedikit ruang ms ustaz andai dpt ustaz memberi sedikit panduan atau cara2 mengatasi rs sedih..terus terang sy katakan selama ini sy jahil..sy hanyut dlm alam percintaan..bg sy, si dialah segala2nya..namun kini kebahagiaan itu telah diambil semula olehNya..perpisahan yg terjadi selepas 7 thn bersama amat perit dirasa wlupun dari luaran sy berjaya menunjukan ketenangan..perpisahan disebabkan org ketiga ini juga kdg2 membuat sy ingin membenci si dia..namun jiwa sy dirasakan terlalu rapuh..kasih syg yg disulam selama ini masih kukuh sehingga rasa benci tak dpt diwujudkan dlm diri wlupun telah dilakukan sedemikian rupa..
sy ingin skali melupakan kenangan lama & memulakan hidop baru..tp hati ini kdg2 terasa sunyi..malah ada rakan2 cadangkan mencari pengganti supaya hati ini tak sunyi & x lagi mengigati si dia..tp sy fobia..malah kini sy rs mahu berehat dr semua ini..sy juga makin sedar couple dilarang oleh Allah..

sy inginkan cr terbaik yg boleh sy lakukan secara istiqamah untuk menjadi lebih tenang..jika ada doa2 atau apa jua yg boleh membantu,sy harap ustaz sedia membantu..

salam